Tuesday 31 March 2015

Hypertension....

Assalamualaikum.... Dah nk masuk April... Esok April fool dan esok juga gst akn dilaksanakan...

Hidup aku tetap ada kala merasai di bintang, dan ada kala sekadar sampah jalanan...

Seminggu yang lepas aku menghadapi tekanan darah tinggi... Aku pitam di pejabat... Aku dimasukkan ke wad selama 2 hari dan berehat dirumah 2 hari...

Aku dinasihati utk kurangkan tekanan... Bagaimana cara??? Zaman skrg penuh tekanan... Pelbagai tekanan aku perlu hadapi...

Selain tekanan kerja dan diri, aku kini perlu melakukan tanggungjwb penuh keatas keluarga aku... Aku memangku tanggungjwb Abah selama utk 120 hari insyallah... Kerinduaan aku kepada Abah adakala memuncak... Aku x penah bejauhan dgn Abh... Aku doa agar Abah sihat...

Pada 5 Mac 2015... Si dia minta tolong aku hantarnya ke hospital... Dia menjalani pembedahan tonsil... Atas rasa sebagai seorang insan, aku menyudikan diri... Walaupun rasa serba salah berlaku keatas aku, aku pun xpasti betoi @ tak cara aku... Tp perkara itu dah lepas... Pembedahan yg kecil tidak memerlukannya utk bermalam disitu... Jam 7 pg aku pergi ambilnya di rumah dan terus hantar ke hospital... Aku temannya seketika... Tp tidak lama kerana aku perlu pergi kerja pulak... Pada jam 2.30 nurse hospital telefon aku memberitahu bahawa S........ Dan boleh pulak... Aku terus begegas kesana kerana jam 3.00 nurse akan balik dah... Kesian aku kepadanya yg tiada punya saudara diri... Semasa ambilnya perasaan kesian ada didlm diri, dia xdpt mkn kerana sakit... Aku ke giant belikan aiscream dan jelly buah serta minuman yogurt... Selesai terus aku hantarnya pulang hingga dlm rumah... Masih ada teddy bear setinggi aku di rumah itu... Itu la ganti diriku... Aku harap teddy itu mampu hiburkannya...

Selepas itu,... Kami x ketemunya, msg yg aku hantar jrng sekali dibalas... Mungkin dia sibuk @ dia sibuk sngat... Besangka baik, supaya aku tidak stress...

Hidup aku kini punya kawan yg ambil berat... Aku hargai org yg besama ku...

Thx kepada salah seorg pembaca blog ini yg sanggup mengambil berat tentang aku... Kita kawan di dunia maya... Insyallah kita akn ketemu jika ada jodoh....


Friday 30 January 2015

Setelah lama aku tak menjenguk blog ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... dah lama aku x menjenguk blog ni... Penah aku terfikir untuk memadamnya... Tapi rasa berat sngat... Mungkin kerana ini adalah memory pahit dan teramat sakit penah aku lalui... Aku perlu simpan dan sentiasa ingat apa yg pernah aku lalui bersamanya.

Hidup aku kini masih solo, ada kala aku tejumpa beberapa insan yg cuba mendekati aku dan tak lepas juga insan yg cuba mengambil kesempatan keatas aku... Aku kini bukan sebodoh dahulu, aku lebih hati2...

Dia yg dulu aku sanjung ada kala kami masih berhubung... Aku bukan seorg yg keras hatinya, walaupun dia menyakiti hati dan menghina aku. Tapi dia juga penah memberi aku peluang merasai kebahagian dan yg paling penting dia yg melatih aku menjadi lebih berhati2 dgn org sekeliling supaya tiada lagi penipu kedua dalam diri ku...

Aku mulakan tahun ini dengan dimasuki wad dan percutian pertama adalah ke selatan tanah air. Di sana aku melaburkan sebahagian pebelanjaan aku di JPO hahahahah.... akan aku pergi lagi kerana barang disana murah gila... smpai mmbr yg teman aku tepaksa membaca doa kerana aku seakan2 dirasuk jin... aku ke JPO dua hari berturut2, penuh tangan beg dipegang... nasib balik dengan MAS... kalau x kena bayar lebih la aku... Selain itu, aku juga ke USS... Best gila, aku serta mmbr aku behibur disana seharian... Sepatutnya trip kali ini disertai 4 org tetapi last minit 2 mmbr aku tarik diri sebab xdpt cuti... aku umpan dia org dgn tiket USS ja... bln 12 ini insyallah aku akn kesana lagi...

Insyallah bulan 4 aku akan ke pehentian dan aku skrg masih mengatur pejalanan ke Krabi...

Terima kasih kepada yg masih membaca blog ini...
Bercinta lah dgn yg ikhlas, bukan pendusta...

Sunday 6 July 2014

Setahun sudah belalu....

Kiranya dah hampir setahun aku dh cuba lupakannya, tp masih ada sedikit lagi rasa sayang padanya. Bila dia msg aku utk meminta pertolongan, hati kecil aku msih mahu membantu. Aku keliru, tlg kerana dia minta tlg atau aku tlg pasal aku masih mahu menunjuk diriku masih hero. Tapi skrg pertolongan ku cuma semampu aku boleh beri, kerana aku perlu mengawal takut2 nnti aku sengsara lagi...

*sebenarnya aku tulis kat sini pasal rindu nak merapu, dh lama aku x menulis. Aku skrg sibuk cikit dgn aktiviti dan kerjayaku. Aku kini dlm proses mengenali seseorang, seseorang yg meyapa hatiku. Hope aku bahagia berterusan...

Saturday 17 May 2014

Saat ku cuba... Kau muncul...

Dah lama aku x mecatat sebarang citer... Bulan ni kerap kali aku ketemuinya yang penah aku syangi.

Memang sukar kita nak hilangkan rasa syang pada sesorang, tambahan pula dia penah mengisi ruang hidup kita.

Mengapa kau hadir, aku takut aku akn lukakan hati ku lagi... Kau memberi aku impak yang kuat, kau jdkan aku tak percaya kepada sesiapa pun yang hadir.

Aku cuba lenyapkan kenanganmu besama, aku telalu stress bila memikirkan kau yang penah ku syang.

Aku mengerti kamu hadir cuma sebagai kawan, tp hati ku masih sukar menerima.

Aku cuba mengetepikan, aku cuba menlenyapkan...

Aku mohon perasaan ini sepi terus dr hadir...


Monday 3 March 2014

Masih ingat padanya...

Agak lama aku x merapu dalam blog ni dh... Aku bukan dan lupa cuma buat2 lupa je... Lagi aku usaha nak lupakan, lagi aku teringat akn dia. Walaupun kami kenal cuma singkat, tapi tiap ari aku akan tatap pic dia. Aku rindu saat kami kuar makan dan pusing2 bandar time malam. Dulu ketika malam dia la teman baik aku, tp Allah cuma pinjamkn nya sementara ja buat aku. Kini aku kadang2 ada juga msg dia, ada kala dia jawap dan ada kala dia mendiam. Mungkin dia dah malas melayan aku yg sewel ni. Apa2 pun aku tetap suka dan syg dia, apa pun layanan aku terima dia aku suka. Hihihi


Dalam fb ari ni, aku tgk ramai yg bebahagia. Aku suka tgk org bahagia, harap aku pun akan kecapinya jua.

Wednesday 5 February 2014

Percutian "3F"

Dah lama x tgk blog ni.. Skrg agak bz mencari pendapatn yg lebih. Ye la kos hidup skrg meningkat, bnyak anak jagaan aku hihihi. Kali ni aku nak cerita pasal percutian aku.

Pada 09/01/2014 - 11/01/2014 yang lalu, aku dan rakan baik ku pergi bercuti singkat di penang ja. Sebab aku dapat pakej free heheh... Bonus agoda tahun lepas, so kena guna. Tempahan hotel ni aku buat time bulan nov tahun lepas. Percutian kali ni sesuai dinamakan "3F" kerana semua kami bermula dengan F. Depa ni rakan gym aku 2 thn lepas, time aku aktif dgn gym. Skarng ni x leh dah, kan dah sakit belakang huhuhuhu.... Badan pun dah betambah bulat balik huhuhu...

K la sambung pasal pecutian ini, aku sengaja booking bulan satu pasal time ni kan sales utk tahun baru cina. Aku gila shopping so ambil kesempatan... Hihihi...

09/01/2014 :
Kami check in hotel lewat kerana kami bertolak datang pun lewat sebab kawan2 aku masih bekerja pada ari khamis so kena tunggu depa balik kerja dulu. Kami bertolak lebih kurang jam 6 ptg dan sampai hampir 8. Kami dapat bilik paling atas iaitu tingkat 12 dan menghadap laut yang luas, ada ke laut sempit hihihi... Selesai check in kami bersiap utk dinner, kami dinner disebuah restoran arab. Sedap gila, thx abg aku kerana cadangkan tempat ni.





Selesai makan, aku pi Hard Rock Cafe. Smbil pusing2 sempat beli baju dan souvenir Hard Rock...


Gambar ambil time kat umah dah... Time kat sana x tefikir nak begambar...

10/01/2014 :

Selesai breakfast kami, g berendam kat pantai. Abis pantai kami berenang kat kolam. Aku cuma sekejap je, pasal mengantok so p smbung tidoq
Kami menunaikan solat jumaat di masjid terapung tanjung Bungah. Selesai solat kami makan tengahari di kapitan gurney dan meneruskan aktiviti menghabiskan duit hahaha.... Sebelah malam kami buat tour cinema. Smpai koi 2.00 pg

11/01/2014:

Sebab lewat  tidoq, so telewat la bangun. Aku cuma turun breakfast dn smbung tidoq, depa yg lain berenang. Check out koi 12 tghari, selepas check kami bertugas menghabiskan lagi duit hihihi... Sempena CNY... Tp x banyak yg dibeli cuma yg menarik hati ja.









Friday 27 December 2013

8 bulan 28 hari...

Malam ni aku sukar nak tidoq, sebab aku sukar bernafas. Masuk hari ini dah 5 hari aku demam selsema. Tahun ni mcm2 penyakit... Semua tu dugaan buat aku. Dalam tak boleh nak tidoq ni aku teringat si dia, dia yang penah ada dlm hati aku. Kami bekenalan pada 30 Mac 2013, secara kebetulan disebabkan aku mencuba nasib mengajar dia dinner. Petemuan kali pertama yg bermakna sngat, pertemuan yang mendedahkan kelemahan aku hahah... Itu semua kenangan buat aku dan dia.

Kadang2 aku tetanya apasal aku jadi mcm ni, hebat mana dia smpai aku merasakan tersangat kehilangan. Aku suka dia dan terlalu sayang dia, aku cuba buat yang termampu supaya dia gembira. Aku tahu, aku bukan yang terbaik tetapi aku cuba menjadi terbaik buatnya.

Aku cuba untuk hilangankan rasa syg aku padanya, aku cuba tp aku gagal. Aku cuba cari keburukan dan sebab utk aku bencikan dia, tapi rasa syang aku kuat. Aku dah cukup terluka dgn perbuatan aku. Aku cuba buang kenangan ini, tp aku x boleh...

Hebat sngatkah dia, aku buntu menunggu jawapan yng menyakitkan aku...

Mungkin ampa nmpak aku jiwang, tp ni saja tempat aku luahkan rasa diri ini. Mungkin ini tempat aku pendamkan rasa aku padanya. Jika dia terbaca kelak, aku cuma nak dia tahu yg aku terlalu syg dia. Tu pun kalau dia jumpa blog ni dan baca. Aku suka dia kerana sikap dia...

Benar kata kawan ku, kalau x terluka bukan cinta namanya... Biar aku mencintainya dr jauh...

Suatu hari nanti kami akan faham semua ini...