Friday 27 December 2013

8 bulan 28 hari...

Malam ni aku sukar nak tidoq, sebab aku sukar bernafas. Masuk hari ini dah 5 hari aku demam selsema. Tahun ni mcm2 penyakit... Semua tu dugaan buat aku. Dalam tak boleh nak tidoq ni aku teringat si dia, dia yang penah ada dlm hati aku. Kami bekenalan pada 30 Mac 2013, secara kebetulan disebabkan aku mencuba nasib mengajar dia dinner. Petemuan kali pertama yg bermakna sngat, pertemuan yang mendedahkan kelemahan aku hahah... Itu semua kenangan buat aku dan dia.

Kadang2 aku tetanya apasal aku jadi mcm ni, hebat mana dia smpai aku merasakan tersangat kehilangan. Aku suka dia dan terlalu sayang dia, aku cuba buat yang termampu supaya dia gembira. Aku tahu, aku bukan yang terbaik tetapi aku cuba menjadi terbaik buatnya.

Aku cuba untuk hilangankan rasa syg aku padanya, aku cuba tp aku gagal. Aku cuba cari keburukan dan sebab utk aku bencikan dia, tapi rasa syang aku kuat. Aku dah cukup terluka dgn perbuatan aku. Aku cuba buang kenangan ini, tp aku x boleh...

Hebat sngatkah dia, aku buntu menunggu jawapan yng menyakitkan aku...

Mungkin ampa nmpak aku jiwang, tp ni saja tempat aku luahkan rasa diri ini. Mungkin ini tempat aku pendamkan rasa aku padanya. Jika dia terbaca kelak, aku cuma nak dia tahu yg aku terlalu syg dia. Tu pun kalau dia jumpa blog ni dan baca. Aku suka dia kerana sikap dia...

Benar kata kawan ku, kalau x terluka bukan cinta namanya... Biar aku mencintainya dr jauh...

Suatu hari nanti kami akan faham semua ini...

Saturday 21 December 2013

Kuat sungguh ingatan aku terhadapnya.

Hari ini aku tetiba teringatnya, ingat setiap saat kami bersama. Dulu tiap hari kami bersua, kami betemu dan bebual serta bergaduh hahaha... Bergaduh sebab ketidak matangan aku... Semua salah aku, terlalu mengharap lebih darinya, jika dari awal aku x mengharap mungkin aku masih boleh bekwan dan tidak sakit hati aku.

Walaupun kini aku dah x bertemu dengannya, tapi setiap hari mesti aku membuka apa saja yang berkaitannya. Hari ini aku terlalu rindukannya, aku rindu saat kami berkawan. Dulu dia bersama aku, kini kenangan ubat mengingatinya. Aku harap dia akn terus ingat aku sebagai kawan yang penah besamanya, aku harap dia x terus membenci aku sebab perangai kebudak2kan aku. Aku sentiasa akan memikirkan dia. Kami bertemu tanpa rancang dan berpisah tanpa terancang.

Friday 20 December 2013

Membeli belah sakan...

Hari ni aku ditemani abang serta kak ipar dan kak ku mencari kain baju melayu untuk kenduri kawin sepupu ku pada bulan 3 dan 4. Hampir 2 jam kami berpusing2 di Jakel, kesian pulak aku tgk pelayan kami. Satu demi satu gulungan kain dibuka serta di carikan juga songket yang besesuaian. Last2 kain dibeli cuma songket x jadi, ni bukan salah aku tetapi cadangan kak aku supaya songket dicari di Terengganu kerana pada bulan 3 ini kenduri akan dibuat di Terengganu. Tp ari ni aku puas sngat, ramai yg membantu memberi ideal. Pelayan kami ingat aku cari kain utk pekahwinan aku, hihihi... Inyallah aku akan menyusuri alam perkahwinan kelak. Penat jugak, nasib ada sofa tempat berehat. Abis selesai, aku juga hadiahkan kain pasang untuk 4 orang wanita dan perempuan yang penting buat hidup ku. Time pilih kain utk mereka pelayan itu cdngkan aku membeli utk buah ati aku, tersenyum aku, mana aku ada buah ati lg. Masih dalam peringkat awl pekenalan kami, aku xmau bakal isteri aku dijinakkan dgn harta benda. Biar kami jinak dgn kasih sayang hihihi...

Sunday 15 December 2013

Percutian Awal Tahun...

Assalamualaikum, dah jarang aku menulis sekarang. Ini bermaksud aku dah mampu menghilangkan rasa sedih aku. Aku sekarang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan aku kini giat mencari peluang untuk meningkatkan lagi kemampuan dan kejayaan aku. Tahun ni terlalu berat buat aku, pelbagai dugaan dan cubaan aku lalui. Aku dlam tahun ni mengalami beberapa kegagalan becinta, beberapa kali memasuki wad, dan tahun ni juga aku perlu berkerja dgn kuat.

Setiap tahun aku akn mengatur beberapa bercutian, ada yang singkat dan ada yg panjang. Tapi matlamatnya sama iaitu berehat dn menghayati masa rehat secukupnya. Cuma tahun ni aku kurang kerana mood tahun ni x berapa best, aku bnyak besedih dan mencari kesilapan aku.

Insyallah tahun hadapan aku akn cuba menukar setiap yg berlaku tahun ni menjadi lebih baik. Tahun depan aku akan mulakan percutian awal tahun pada bulan januari, aku memilih bercuti di Penang dulu. Aku nak abiskan masa dgn rest dan mengurut hahah... Sapa nak join, mai lol hihihi (ajak2 ayam ja) aku dh ada peneman, seorang yg memahami dan sentiasa mendokong aku. Harap mereka dapat terus mendokong dan menyokong aku.

Seterusnya pada bulan 4, insyallah aku akn ke Bandung. Tujuan utama nak melwat keluarga supir aku  yang br memperolehi bayi. Harap bayinya sihat kerana dikatakan lahir x cukup bulan. Kali ini kami akn pergi dgn bilangan yg lebih ramai, kena la cari Villa. Leh jd orng kaya indon hahah... Dlm perancangan nak g 5 hari, kena rancang program dgn elok ni. Harap dpt bersua dgn pemerintah kota bandung hahahah...

Tahun depan juga aku merancang akan mengerjakan umrah, aku rindu sngat. Aku nak kesana...

Aku harap tahun depan akan menjadikan aku lebih baik dan lebih berjaya serta lebih sihat dismping mempunyai teman yg faham dan menghargai aku. Yang penting aku nak buang jauh2, kenangan pahit aku,

Saturday 7 December 2013

Ruangan Ini Tempat Ku...

Ruangkan inj tempat ku...
Tempat aku meluah rasa,
Tempat aku menghilang rindu,
Tempat aku mengenang kenangan,
Tempat aku menyendiri,
Tempat aku hilangkn sunyi,
Tempat aku mencari nasihat,
Tempat aku mencari jawapan,
Tempat aku melepas geram,
Tempat aku dihina...

Sini tempatnya...

Monday 2 December 2013

Semua x kena...

Walaupun dah lama aku dn dia x bejumpa,

Walaupun pelbagai cara aku cuma buat,

Walaupun cinta aku x bermakna,

Walaupun aku mula bedendam,

Tapi aku
Masih ingtkn dia...
Masih nak tahu tentang dia...
Masih nak bantu dia...
Masih rindukan dia...
Masih...