Tuesday 31 March 2015

Hypertension....

Assalamualaikum.... Dah nk masuk April... Esok April fool dan esok juga gst akn dilaksanakan...

Hidup aku tetap ada kala merasai di bintang, dan ada kala sekadar sampah jalanan...

Seminggu yang lepas aku menghadapi tekanan darah tinggi... Aku pitam di pejabat... Aku dimasukkan ke wad selama 2 hari dan berehat dirumah 2 hari...

Aku dinasihati utk kurangkan tekanan... Bagaimana cara??? Zaman skrg penuh tekanan... Pelbagai tekanan aku perlu hadapi...

Selain tekanan kerja dan diri, aku kini perlu melakukan tanggungjwb penuh keatas keluarga aku... Aku memangku tanggungjwb Abah selama utk 120 hari insyallah... Kerinduaan aku kepada Abah adakala memuncak... Aku x penah bejauhan dgn Abh... Aku doa agar Abah sihat...

Pada 5 Mac 2015... Si dia minta tolong aku hantarnya ke hospital... Dia menjalani pembedahan tonsil... Atas rasa sebagai seorang insan, aku menyudikan diri... Walaupun rasa serba salah berlaku keatas aku, aku pun xpasti betoi @ tak cara aku... Tp perkara itu dah lepas... Pembedahan yg kecil tidak memerlukannya utk bermalam disitu... Jam 7 pg aku pergi ambilnya di rumah dan terus hantar ke hospital... Aku temannya seketika... Tp tidak lama kerana aku perlu pergi kerja pulak... Pada jam 2.30 nurse hospital telefon aku memberitahu bahawa S........ Dan boleh pulak... Aku terus begegas kesana kerana jam 3.00 nurse akan balik dah... Kesian aku kepadanya yg tiada punya saudara diri... Semasa ambilnya perasaan kesian ada didlm diri, dia xdpt mkn kerana sakit... Aku ke giant belikan aiscream dan jelly buah serta minuman yogurt... Selesai terus aku hantarnya pulang hingga dlm rumah... Masih ada teddy bear setinggi aku di rumah itu... Itu la ganti diriku... Aku harap teddy itu mampu hiburkannya...

Selepas itu,... Kami x ketemunya, msg yg aku hantar jrng sekali dibalas... Mungkin dia sibuk @ dia sibuk sngat... Besangka baik, supaya aku tidak stress...

Hidup aku kini punya kawan yg ambil berat... Aku hargai org yg besama ku...

Thx kepada salah seorg pembaca blog ini yg sanggup mengambil berat tentang aku... Kita kawan di dunia maya... Insyallah kita akn ketemu jika ada jodoh....


Friday 30 January 2015

Setelah lama aku tak menjenguk blog ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... dah lama aku x menjenguk blog ni... Penah aku terfikir untuk memadamnya... Tapi rasa berat sngat... Mungkin kerana ini adalah memory pahit dan teramat sakit penah aku lalui... Aku perlu simpan dan sentiasa ingat apa yg pernah aku lalui bersamanya.

Hidup aku kini masih solo, ada kala aku tejumpa beberapa insan yg cuba mendekati aku dan tak lepas juga insan yg cuba mengambil kesempatan keatas aku... Aku kini bukan sebodoh dahulu, aku lebih hati2...

Dia yg dulu aku sanjung ada kala kami masih berhubung... Aku bukan seorg yg keras hatinya, walaupun dia menyakiti hati dan menghina aku. Tapi dia juga penah memberi aku peluang merasai kebahagian dan yg paling penting dia yg melatih aku menjadi lebih berhati2 dgn org sekeliling supaya tiada lagi penipu kedua dalam diri ku...

Aku mulakan tahun ini dengan dimasuki wad dan percutian pertama adalah ke selatan tanah air. Di sana aku melaburkan sebahagian pebelanjaan aku di JPO hahahahah.... akan aku pergi lagi kerana barang disana murah gila... smpai mmbr yg teman aku tepaksa membaca doa kerana aku seakan2 dirasuk jin... aku ke JPO dua hari berturut2, penuh tangan beg dipegang... nasib balik dengan MAS... kalau x kena bayar lebih la aku... Selain itu, aku juga ke USS... Best gila, aku serta mmbr aku behibur disana seharian... Sepatutnya trip kali ini disertai 4 org tetapi last minit 2 mmbr aku tarik diri sebab xdpt cuti... aku umpan dia org dgn tiket USS ja... bln 12 ini insyallah aku akn kesana lagi...

Insyallah bulan 4 aku akan ke pehentian dan aku skrg masih mengatur pejalanan ke Krabi...

Terima kasih kepada yg masih membaca blog ini...
Bercinta lah dgn yg ikhlas, bukan pendusta...