Friday 27 December 2013

8 bulan 28 hari...

Malam ni aku sukar nak tidoq, sebab aku sukar bernafas. Masuk hari ini dah 5 hari aku demam selsema. Tahun ni mcm2 penyakit... Semua tu dugaan buat aku. Dalam tak boleh nak tidoq ni aku teringat si dia, dia yang penah ada dlm hati aku. Kami bekenalan pada 30 Mac 2013, secara kebetulan disebabkan aku mencuba nasib mengajar dia dinner. Petemuan kali pertama yg bermakna sngat, pertemuan yang mendedahkan kelemahan aku hahah... Itu semua kenangan buat aku dan dia.

Kadang2 aku tetanya apasal aku jadi mcm ni, hebat mana dia smpai aku merasakan tersangat kehilangan. Aku suka dia dan terlalu sayang dia, aku cuba buat yang termampu supaya dia gembira. Aku tahu, aku bukan yang terbaik tetapi aku cuba menjadi terbaik buatnya.

Aku cuba untuk hilangankan rasa syg aku padanya, aku cuba tp aku gagal. Aku cuba cari keburukan dan sebab utk aku bencikan dia, tapi rasa syang aku kuat. Aku dah cukup terluka dgn perbuatan aku. Aku cuba buang kenangan ini, tp aku x boleh...

Hebat sngatkah dia, aku buntu menunggu jawapan yng menyakitkan aku...

Mungkin ampa nmpak aku jiwang, tp ni saja tempat aku luahkan rasa diri ini. Mungkin ini tempat aku pendamkan rasa aku padanya. Jika dia terbaca kelak, aku cuma nak dia tahu yg aku terlalu syg dia. Tu pun kalau dia jumpa blog ni dan baca. Aku suka dia kerana sikap dia...

Benar kata kawan ku, kalau x terluka bukan cinta namanya... Biar aku mencintainya dr jauh...

Suatu hari nanti kami akan faham semua ini...