Sunday 30 June 2013

Tiba Di Phuket 30/6/2013


Flight aku ke Phuket bertolak tepat Jam 2.05ptg waktu Malaysia, dah tiba di Phuket Jam 2.15 ptg waktu Thailand dan 3.15ptg waktu Malaysia. Aku belepas dr airport Penang.


Ni flight yg aku naik.

Setiba di Phuket aku dan cousin2 aku check in hotel. Cuaca disini panas, aku x tahan. Sampai saja rasa mcm terbakar, masuk saja hotel aku terus demam.



Ni bilik aku... Cantik... Tandas dia aku suka...


Saturday 29 June 2013

Terima kasih...

Td petng aku saja memberanikan diri kerumahnya, aku bertemu sebentar sahaja. Niat aku p utk tgk dia dan melepaskan rindu aku padanya. Dlm x bnyak yg dibualkan, cuma aku betanya khbar, exam dia dan bgtau yg aku akn bertolak ke Phuket besok. Selain itu, aku msih betanya adakah kita masih bekawan? Dia jwp ya, jwpn yg bemakna bg ku. Aku dn dia mungkin x sesuai utk becinta, kerana aku dan dia bebeza cara. Aku seorg yg x matang, suka mendesak dan kerap ulangi kesalahan. Tp bagaimana pun aku agk sedih jika kehilngan dia, biar la kami sekadar kawan. Asalkan aku dpt besama dgn dia, kerana dia yg aku syg.

Insyallah besok aku akn betolak utk becuti selama 4 hari, aku mungkin boleh bekongsi cerita aku disana kedlm blog ini.

Demam masih belum baik..

Semalam aku dibawa ke KMC kerana demam bertambah panas, tp nasib x kena tahan. Cuma kena suntik di buntut dan antibiotik. Doc kata leh p Phuket cuma kena kawal mkn, x leh makan benda yg pedas dan panaskan badan. Siap doc tu ckp jgn minum beer @ wine, muka aku kaki minum ka??? Hmmmm....

Friday 28 June 2013

Abg Amin - copy paste

Kenapa ramai yg tangguh2 beri kemaafan? Mungkin sbb: ego, hati berkarat, tunggu Raya, tidak di didik utk mudah memaafkan, jahil ttg fadhilat kemaafan, tunggu org minta maaf, etc. Fadhilat kemaafan: hati bersih, minda +ve, badan sihat, wajah cun, doa makbul, hidayah turun, org syg, rezki murah, hidup berkat & dpt keampunan Allah. Org yg berjiwa besar & hati yg murni yg mampu maafkan org lain tanpa syarat. Ikut kajian saya, cuma 3% org M'sia yg maafkan semua org sebelum tidur tiap mlm. Kemaafan bawa lebih byk kebaikan kpd diri kita berbanding org yg di maafkan. Mari kita cari redha Allah dgn segera memaafkan org lain. — feelinghappy.

Kongsi...


Aku tak mampu menghadapi sesuatu yang kusebut cinta
Terkadang aku sakit karnanya
sering terluka dan terhina
Yang ku dapat hanyalah air mata
dari pengorbananku tak ada gunanya
Aku tetap berdiri tegap
menghadapi pahitnya rasa
Tetap setia dengan satu kata
Aku siap terluka olehnya

Kadang mencintai itu sulit untuk dijalani
Hanya ketulusan dan hati yang hakiki

Masih terluka tapi tetap setia dengannya
Akan aku buktikan, meskipun banyak air mata
Tak banyak yang terlontar untuk berkata
Sajak-sajak bibir tak mampu menggambarkan sakitnya jiwa

Ketetapan hati untuk memilihnya adalah salah jika membencinya
Tetap tegar dengan kemunafikan Cinta
dan tetap tak mengerti arah tujuan, yang ia bisa hanya menggoreskan luka semata

Thursday 27 June 2013

Lagi 3 hari... Demam pulak.

Balik dr tempat kerja tetiba badan panas sngat, aku rest kan badan utk turunkan suhu dn selepas tu mandi dr kaki hingga kepala. Selepas mandi suhu tgk ok, tp jam 8.00 mlm dengan tetiba suhu naik leh rasa hangat di kepala. Aku terus ke klinik dibelakang rumah, masuk klinik doc check suhu dn pam 2 bullet kedalam utk turunkan suhu. Tp smpai sekarg leh rasa masih hangat badan, air con dh buka tp rasa bahang. Harap besok pagi sihat kod, Ahad nak fly dh.

Adakah aku akn kehilangannya?

Pagi ni bila aku bngun tidoq, fikiran ku masih memikirkan nya. Soalan yg bermain di fikiranku, adakah aku akn kehilangannya utk selama2nya? Dari segi pekembangan kini harapan amatlah tipis, tapi aku cuba positifkan diri kerana aku masih mengharap hubungan kami masih ada ruang. Ruang untuk betahan, bertahan walaupun sekadar kawan. Aku sungguh menerima apa saja title perhubungan kami asalkan aku x kehilangan dia, dia telalu istimewa. Istimewa dgn caranya yg tersendiri.

Harap masa mengubati segalanya, rindu aku padanya sngat menebal. Rasa mahu saja aku pergi dan terus peluknya, tapi aku x cukup kuat. Aku x sngup menambah lukanya lg, aku besedia menunggu hingga dipanggil kelak. Bg aku ini mengajaran kepada aku, fikir dahulu sebelum betindak.


Wednesday 26 June 2013

Sebelum...

Ni nasihat yg aku baca kat FB... Sesuai sngat utk aku...

Sebelum kau bertindak, pikirkan. Sebelum kau bicara, dengarkan. Sebelum kau menghakimi, pahami. Sebelum kau melupakan, maafkan.


Tuesday 25 June 2013

Bila??

Bila semua ini akan berakhir? Aku sedar segalanya bemula disebabkan aku. Aku tak penah menghormati hak kamu, mulut aku bila becakap x penah jaga hati dn perasaan kamu, aku selalu melepasi batasan privasi kamu, aku terlalu mudah pecaya dan membosankan dan aku suka buat perkara yg kamu larang.

Terlalu bnyak salah aku pada kamu, x mungkin kamu dpt maafi aku. Aku kini keseorangan, kerana aku telalu alpa ketika kau wujud bersama aku. Aku rasa aku sudah buat yg terbaik tetapi aku salah penghitungan, kamu bukan seorng yg perlukan apa yg aku beri. Mungkin cara hidup kita yg bebeza membuat kita x serasi, kau besifat kesederhanaan dgn cara kau, aku dengan cara aku yg boros.

Aku ingat dgn memberi apa yg kau mahu, kau akan happy. Tp aku tesilap, kau bukan barangan yg mudah dibeli. Sifat kau inilah buat aku menjadi gila utk besama kau, kau lain dr yg lain. Kau x penah ambil kesempatan keatas diri ini, walaupun aku benarkan kau bebuat demikian. Maaf kan aku menyalah  nilai kau, aku tak ada hak menilai kau. Kau ada gaya tersendiri.

Kini aku sedar, utk dptkan kau semula adalah mustahil. Kerana kesan luka yg aku tinggal x mungkin terubat. Aku cuma mampu melihat kau dlm ingatan dan kenangan. Aku berdoa kau bebahagian selalu harapnya, kau terlalu istimewa. Sesiapa yg perolehi kau, mereka patut berasa bertuah, jgn sia2kan.



Monday 24 June 2013

Setelah aku fahami...

Kini br aku fahami mengapa jadi begini, terima kasih kepada empunya blog. Aku faham, aku belum layak mencintai sesiapa sekarang kerana cara aku yg agak kasar dan kejam.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Tidoq lewat mlm ni...

Jenazah Allahyarhamah Sumaiyah dijangka tiba lewat mlm, so kena tunggu kerana aku akn temani Abah ke Surau dan Tanah Perkuburan. Syng bagaimana pun kita tetap milikNya dan kembali kepadaNya jua.

Kasih manusia x penah kekal, kasih Allah jua besama.

Anak Jiranku Meninggal...

Rupanya kematian seorang pelajar di Jordan adalah anak jiran aku, Allahyarhamah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. Allahyarhamah bercuti dahulu ke Jordan, sebelum dijangka pulang ke Tanah Air pada penerbangan Sabtu ini. Tetapi kita merancang, Allah jua menentukan mana yg lebih baik utk hambaNya. 

Jenazah Allahyarhamah dijangka tiba malam ni antara jam 10.30 - 11.00 Mlm, aku akn menghadiri solatnya jenazahnya. Walaupun aku kurang mengenalinya, tp bg ku ini adalah sebahagian tanggungjawab ku sebagai Jirannya. Terima Kasih Kerajaan Malaysia dan Kedah atas keperihatinan menguruskan penghantaran pulang jenazah bekenaan. Kepada keluarga Allahyarhamah, tabahkan hati dan hadapilah dugaan ini dengan redh. Allah tidak menzalimi hambaNya.

Dari hal ini, aku baru teringat utk memaklumkan kepada Wisma Putra dan dapatkan no phone kedutaan, ini bagi memudahkan keadaan jika berlaku apa2 yg tak diingini. Tapi aku mendoakan semuanya berjalan seperti yg dirancang, kalian yg membaca juga doa sama untuk aku.

Malam Nisyfu Sya'ban - aku ambil dr artikel yg dibaca

Semalam aku ke Surau Taman aku, ada majlis bacaan Yassin sebanyak 3 kali.

Pada mlm Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.


Sunday 23 June 2013

Dahulu...

Dahulu dia besama ku...

Dahulu aku sentiasa teringatnya, kini aku merinduinya.
Dahulu pagi aku msg nya, kini aku merinduinya.
Dahulu tghari aku msg nya, kini aku merinduinya.
Dahulu malam aku msg nya, kini aku merinduinya.

Dahulu aku sentiasa memikirnya, kini aku merinduinya.
Dahulu aku sentiasa tnya, kini aku merinduinya.
Dahulu aku risau aknnya, kini aku merinduinya.
Dahulu aku menganggunya, kini aku merinduinya.

Dahulu bila dia lapar, aku akn lebih lapar.
Dahulu bila hujan, aku akn lebih dibasahi.
Dahulu bila dia nmpak kurng sihat, aku akn rasa sakitnya.
Dahulu bila dia diam, aku akn menjadi gelisah.

Dahulu bila dia makan, aku menjdi kenyang.
Dahulu bila dia panggil, aku akn terbang terus kesana.
Dahulu bila dia minta tolong, aku akn sentiasa cari jln bntunya.
Dahulu bila dia jalan, aku sentiasa pandangnya.

Aku sygnya, bukan aku sukanya. Suka x semestinya syg, tapi bila syg kita merangkumi semua.
Tp kini semua menjadi kenangan, sebab salahfaham dan kurangnya komunikasi tentang kami.
Aku dgn cara aku mencari kehebatan bg menutup kelemahan, adakah semua salah aku?
Syg aku padanya adalah telalu sukar aku nyatakan.

Aku akn simpan kenangan ini selgi diberi keizinan. Kau terlalu istimewa.

Saturday 22 June 2013

Aku x siuman...

Hahah, tajuk yg menakutkan jika yg baca ada niat nak kenal aku. Aku akui mmg aku x siuman, rasa diri ni kosong. Tak berharga dan benilai, aku kehilngan org yg aku syg. Aku dan dia melakukan kesalahan yg tak kami sedari, aku terlalu mengikut cara aku dan dia mendiamkan diri tnpa memberitahu apa yg belaku. Aku kerap betanya, dia diam tnpa jawapan. Aku terlalu bekerja kuat utk hubungan, dia dlm kekeliruan mencari. Aku keliru menilai mana letak cinta aku, dia keliru tanpa jawapan.

Masalah kami akn selesai jika masing2 bertolak ansur dan meletakan kasih syg kami paling tinggi, setiap hal boleh diselesaikan jika kita bebincang dn mencari penyelesaian tnpa ada yg mencurigakan. Walauapapun yg belaku, aku masih syg hubungan kami. Aku akn menunggu keadaan dia supaya dia dpt terima dn besua semula dgn aku. Selagi tak diizinkan, aku tetap akn jd peminat No 1 dia. Syg aku utknya x penah hilang.

Apa itu CINTA? (Aku Cuma Kongsi)


APAKAH ITU CINTA


Apakah telapak tanganmu berkeringat
dan jantungmu berdetak cepat saat berada
di dekatnya?
ITU BUKAN CINTA,ITU SUKA...



Apakah kamu tak bisa melepaskan
pandangan atau genggaman
dari dirinya?
ITU BUKAN CINTA, ITU NAFSU...

Apakah kamu mengatakan padanya bahwa
setiap hari dialah satu-satunya orang yang
kamu pikirkan?
ITU BUKAN CINTA, ITU DUSTA...

Apakah kamu menerima segala
kesalahannya dan kekuranganya karena itulah bagian dari dirinya?
BARULAH ITU CINTA...

Adakah kamu memaafkanya dan bersedia
tetap bersamanya saat dia menyakitimu?
BARULAH ITU CINTA...

Apakah kamu tetap setia apapun yang
terjadi baik saat gembira maupun
sengsara?
BARULAH ITU CINTA...

1.49 pg...

Aku terjaga dr tidoq, aku rindukan nya. Rindu hingga terbawa dalam mimpi, aku dn dia berada di tepi pantai smbil melihat matahari terbenam. Tp itu cuma la mimpi, bukan mudah utk aku merealisasikan mimpi tersebut. Kerana luka yg aku tinggalkn padanya amat dalam, x mungkin dia sembuh dlm masa yg pantas. Aku bertindak kejam padanya, mulut dn perangai aku yg kurang disenangi penyebab dia bencikan aku. Maafkan sy, tiada ungkapan lain dpt sy nyatakan.

Thursday 20 June 2013

Besok Cuti Tapi...

Besok sepatutnya cuti tp sebab hal kerja kena la uruskan jua. Besok pagi betolak pergi penang, menguruskan hal kerja bg cepat selesai. Bawa sepupu2 ku skali, pasal nak tukar duit thai. Selesai urusan kerja aku nak g tgk wyg, depa xmau join sudah la. Nak tgk citer Pee mak, dulu aku ada set nak tgk dgn dia tp skrg dah jd mcm ni kena la tgk sorg2. Harap hati dia lembut semula dan maaf kan aku, aku x penah lupa dia. Syg awk...

XMen...

Td di cawangan aku diberi minuman Xmen.. Dalam bahasa yg senang Kopi Tongkat Ali.. Hajat pembaca sebelum ni yg nak tajuk demikian telah termakbul, cuma tajuk diadaptasikan saja.

Wednesday 19 June 2013

Milo...

Malm ni lapar sungguh, aku keluar mencari burger belakang rumah ku. Burger tu antara tempat dia beli makan jugak. Smpai disitu punya la ramai org menunggu pesanan, sebab aku x suka besesak aku pun lepaskan la hajat nak beli burger. Dlm pejalan pulang aku saja pusing dihadapan tamn nya, aku x masuk takut tersempak. Aku x mau marahnya pada aku betambah pulak, aku lalu saja nak melepas rindu. Aku rindu senyuman dia, gelagat dia bila mencuba rasa maknan, gaya dia main game dan paling penting ialah betis dia yg mengancam. Aku rindu segalanya tentang dia, tp kini cuma kenangan. Aku akn tunggu saat kami bebaik semula.. Milo peneman malam ku...



Bnyak2 cerita milo tajuknya... Hahahah

Ungkapan dan Nasihat...


  • Sesal Dahulu Pendpatn, Sesal Kemudian Tiada Guna.
Dalam apa2 tindakan kita kena bnyak befikir kesannya, jgn ikut cara aku yg tak memikir hati dan perasaan orang. Walaupun aku kerap ungkapkan aku syg dgn kasihkan dia tp aku betindakn kejam keatasnya.


  • Kerana Mulut Bdan Binasa.
Kita bila bebicara atau menulis, kena berhati2. Kerana mulut kita akn melukakan perasaan org. Contohnya, aku menaip ikut suka apa yg rasa marah aku mengawal minda. Kesannya aku telah melakukan kesalahan menilai insan yg aku syg, padahnya aku kehilangannya. 

  • Sayang tak semestinya memiliki.
Ungkapan ini aku terima dr mak aku, kata mak bila syg x semestinya kita memiliki. Adakala kita kena lepaskannya pergi, mungkin dia akn bahagia dan gembira dgn pelepasannya (mak x cakap la dlm bahasa teratur, mak cakap mcm org kedah biasa la). Kalau kita syg sesiapapun kita kena bg dia rasa bahagia, apa yg dia minta kita kalau mampu dn rasa patut beri kita berikan. Walaupun pepisahan jika tiada cara besatu, biar syg dan kasih kita menjadi kenangan terindah.


Tuesday 18 June 2013

Biar aku jd peminatnya...

Mungkin aku layak menjadi peminatnya, biar aku jadi peminatnya saja la. Bila rindu aku tatap wajahnya. Aku akan rasa gembira jika dia bahagia, tu tujuan bila kita menyanyangi seseorg. Aku harap dia senyum semula, cukup dgn gangguan aku. Dia x selesa dgn kehadiran aku, dia ada tanggungjwb lain. Keputusan dia jadikan aku sebagai kawan pun dh cukup gembira, sekurang2nya aku masih ada tempat walaupun sebagai kawan. Syg x semestinya memiliki.

Hari ni perasaanku merasakan kosong dan sunyi...

Selepas Subuh, aku kuat beazam utk semangat. Sampai aku masuk kerja awal pagi, ofice time 9.00 pg tp aku dh masuk kerja koi 8.00 pg. Aku semangat gila diawal pagi, lebih kurang jam koi 9.00pg sepupu ku dtg dr sp kerana service keretanya. Oleh hal demikian, aku mengambil pelepasan awl, dalam bahasa yg mudah faham cuti la. Aku meneman dia di sini, bnyak yg dibualkan. Tp dalam tetiba hati ku menjadi suram, sunyi dan kerinduan. Aku rindunya, aku harap aku dpt dimaafi.

Semalam aku terbaca beberapa artikel bekaitan cinta, kata mereka pada awal pehubungan mmg pasangan akn mengalami pegaduhan. Pegaduhan dlm tempoh 2-3 bulan pengenalan, ini disebabkan tempoh ni masing2  mengenali pasangan mereka. Banyak yg akan menjdi tanda tanya, dpt katanya pada tempoh ini pasangan perlu besabar dan mencari keindahaan. Agar perasaan marah tidak mengatasi perasaan syg.

Hari ni aku mmg rasa sunyi, aku menyesali kehilangan dia. Jika dpt aku putar semula kejadian, aku mahu saja putar. Aku terlalu syg padanya, mengapa aku buat hal begini, mengapa aku x pandai hagai dia, mengapa aku kejam pada dia, mengapa??? Aku merayu dan mengharap masih ada ruang utk aku besamanya, jika tiada yg lebih izinkan aku besama sebagai kawan pun tidak mengapa.

Aku berdoa agar dia masih ada ruang utk aku, aku harap masih ada rasa syg diantara kami.

Aku bnyak melalut dlm blog pasal aku bertindak diluar tindakan minda. Minda ku bermain pelbagai2 rasa, tp rindu dan syg aku padanya majoriti gerak hati ku. Ruginya aku kehilangannya.


Syg aku padanya x penah bekurang walaupun seinci.

Walaupun aku menulis bemacam2, aku x penah rasa hilang rasa rindu dan syg aku padanya. Aku merapu sebab aku tetekan dgn apa yg berlaku, aku takut kehilangan dia. Aku takut dia x nmpak yg aku syg dia. Tp kini aku kehilangan disebabkan AKU SENDIRI...

Monday 17 June 2013

Bab cinta

Bila becinta aku mmg kurang matang, aku x tau nak becinta. Pada aku bila becinta setiap diri org yg aku cintai kena aku tau, supaya aku boleh menjadi sebahagian hidupnya. Aku x sanggup lihat org yg aku syg kecewa, x mampu miliki apa yg dia mahu. Semampu mana aku akn cuba membahagiakn. Tu punca menyebabkan aku kehilangan dia, kerana aku telah menzalimi org yg aku syg. Dia pun ada hak keatas apa yg dia mahu, kini aku faham tp mungkin dh telambat. Pasal aku sendiri yg melukakan hatinya tnpa aku sedar, aku yg menikam hatinya. Aku hancurkannya..


JGN CONTOHI AKU, AKU ORG YG BODOH BILA BECINTA. AKU X HEBAT.

Kehilangan...


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)
* Rasa dan Janji Ku...

Sunday 16 June 2013

Cukup...

Cukup dengan tindakan ampa, aku tau ampa niat baik nak tlg dan nk selamatkan aku. Aku tau ampa syg aku, tp aku dh kehilangan org yg aku syg. Tlg paham aku. Aku menyesal dgn tindakan aku.

Saturday 15 June 2013

Hati ini rindunya..

Ketika hati ni rindu, aku takut nak hubunginya kerana aku takut menambah benci dlm diri nya tentang aku dan menyebabkan aku mungkiri janji yg aku xakan ganggu dia lagi. Adakah aku merinduinya seorng, jika awk rindukan sy msg la sy. Sy masih nak betemu dgn awk, sy rasa kehilangan. Diri ni rasa kosong, xda sapa nak bebual dn temankn sy yg teruk ni. Sy syg awk

Aku masih rindu dn sayang padanya...

Ramai yg kata padaku, dia dh buang ang jauh dan ang dh macam smpah padanya. Tapi rasa syg dan kasih aku padanya x penah hilang. Aku cuba wujudkan kebenciaan, ketika aku membaca blog tesebut aku amat marah kerana dia begitu daif menilai aku. Tp aku betenang, tu pasal kemarin aku x menulis blog kerana nak elak aku becakap kasar dn menghina. Pada aku mencari titik kebaikan orang adalah lebih baik dr mencari keburukan, kerana kita bukan sempurna. Jika hari ini kita menghina orang besok atau sekejap nnti ada yg burukkan kita. Aku selalu ingat sabda Rasullah yg abah aku sering ingatkan, cari kebaikan seseorang walaupun sebesar zarah untuk menutup keburukan seseorang sebesar gunung kerana demikian akn kita lebih tenang dan bahagia. Aku mmg cepat marah, tp aku cepat maafkan. Kerana aku sering meminta maaf pasal aku kerap bebuat salah atas sikap aku. Cuma aku x akan maafkan orang yg mengkianati dan menipu, kerana menipu dan mengkhianati adalah penyakit hati. Penyakit yg susah dirawat kerana dia terlekat dr kecil lagi. Aku masih syg dn rindukan dia, aku harap dia bebahagia dgn keputusan ini, aku gembira jika dia pun gembira dn bahagia. Harap nnti aku akn mendapat penilaian yg sebaiknya, aku cuma mampu berdoa agar masih ada ruang utk aku. Walaupun sekadar kawan aku besyukur sngat, aku rasa rugi kehilangan dia. Aku penah bejanji akn menjaga dia sebaiknnya.

Abg Aman...

Kemarin pagi, tengah aku khusyuk tengok Running Man yang dirakam. Aku terima panggilan call dr En. Aman, yg aku panggil Abg Man. Sebelum cerita lebih lanjut apa yg berlaku, biar aku ceritakan siapa dia utk aku. Abg Man adalah seorang Pensyarah Kanan semasa aku stdy dulu, tmpatnya rahsia la. Dia tegas, garang yela kan nama pun pensyarah kanan. Aku kenal dia pasal dia ajar one of paper pengajian aku. Awl kenal aku dgn dia x berapa rapat, smpai tetiba aku dipanggil dia kerana aku gagal test paper dia time peperiksaan petengahan sem. Dia panggil utk tnya sebab, saat tu la aku dgn dia jd sekepala. Pada masa sama dia menjadi penjaga aku hahah, abg aku dan housemate aku. Aku yg dok umah dia, best gila pasal dia dah kawin cuma wife dia dok perak pasal kerja sana. Sekali sekala kak dtg aku makan kenyang. Bayangkan umah tu lengkap segalanya, aku sewa sekadar RM 100 utk sebilik termasuk elektrik dan air serta makan ikut selera abg man. Bagi student besar rahmat dah, dalam rumah tu aku belajar tambahan displin, kejujuran dan keikhlasan kerana abg man pentingkan 3 perkara tu. Sambung semula cerita pagi tadi, dia call dan tanya sapa si polan2 ni utk aku kerana dia nampak pic aku dlm blog si polan2 ini. Maka dgn jujur aku pun cakap la org tu adalah org yg aku syg, tp kami dh terhenti diseparuh jalan. Dia pun faham situasinya, tp yg mengejutkan aku dia bgtau yg blog tersebut menceritakan tentang aku dlm entry terbarunya. Aku pun kata mmg aku tau yg si polan2 ini ada blog. Abg man marah aku pasal pic tu boleh nampak muka aku, dia kata baik aku sendiri buka dan baca. Aku x minat utk buka kata aku pada abg man, pasal aku penah dilarang mengikuti blog tersebut. Setelah banyak yg dibeleteri, biasa la abg man yg beleter x sah la. Dulu dalam kelas, rumah, karaoke, time nak p masjid, tgk wyg, aku nak exam dan bnyak lg x dgr beleter dia x sah. Smpai kak (wife) dia tnya aku mcm mana dok dgn dia, aku senyum ja la. Dia mcm abg aku, cuma dia kuat beleter. Banyak yg kami bual, isu dia, aku, kak, dan blog yg kepunyaan insan yg aku gilai. X sangka pasal dia aku dpt bebual dgn abg man.

Selesai bebual dgn abg man, aku pun buka blog tersebut. Dia menceritakan tentang 3 insan yg penah dikenali termasuk aku. Sebelum ni aku penah tau dr beberapa kenalan yg penah ikut, tp tidak pulak diceritakan tentang entry baru ini. Aku tidak marah yg dia akn meceritakan tentang aku dlm blognya, cuma aku kecewa dgn hinaan yg dia lontarkan kepada aku termasuk tempiasnya akn diterima keluarga aku jika terdedak. Mungkin ada benar didalam tulisannya, tapi jika dia besikap waras tidak sepatutnya dia menyalahkan aku seorang. Masing2 ada salah dn kekurangan, tempoh 2 bulan bukan tempoh yg panjang utk mengenali aku. Suami isteri pun yg sudah berkahwin dlam tempoh lebih 20 thn pun masih bergaduh inikan pulak aku yg 2 bulan. Katanya aku yg berusia sedemikian tp tidak cukup matang dan mengharapkan sesorang perempuan yg bergelar bibik utk bantu. Soalannya, bibik aku ada mengendalikan urusan syarikat aku ka? Aku punyai 5 tanggungan syarikat, mana lagi besar? Jika aku x matang bolehkah aku urusakan? Aku punya lebih 20 org kakitangan. Bila bercakap mengenai orang lain jgn berlandaskan apa yg kita dgr, lihat dan rasa dalam tempoh tetentu. Mungkin dia nampak aku x matang bila aku banyak menyuruh bibik aku, aku suruh dalam urusan rumah aku. Aku suruh dalam urusan yg pada aku bukan kerja aku nak fikirkan. Seperti menyediakan makan, minum dan kebersihan baju dan bilik. Tapi dalam hal peribadi aku, bibik x mainkan sebarang peranan. X penah seingat aku bibik basuh punggung aku, suap aku makan, cuci kencing aku dan tentukan baju aku. Cuma setiap baju aku perlu diseterika dan dilipat, baju yg disangkut perlu dibasuh jika aku letak dlm raga. Jgn jadikan aku sebab kau terpaksa berpisah, pasal jika kita mencintai seseorang kebaikannya akn menjadi penghalang kejahatan dn keburukannya. Masa aku dan kau bekenalan pada awalnya, aku seorang yg berlainan ka? Aku tetap aku, seorang yg kalut, mendesak, pemboros seperti kau coretkan, dan apa yg kau katakan. Tapi apasal kau masih kata aku tak akn dikecewakan? Soalan yg aku xtau, yg aku tau kau cuma bealih hati atas sebab yg aku xpasti. Aku amat kecewa dgn apa yg dicoretkan tentang aku. Aku boros kat mana, aku beli dan mahu apa yg aku belum ada. Bukan aku beli benda yg ada, aku makan makanan yg aku suka dan mahu. Bila aku tanya kau kata ikut aku, maka aku ikut apa yg aku mahu. Jika kau kata nak makan d warung jom kita makan, jgn hukum  aku kerana kebiasaan aku. Aku x mampu menjadi org lain, seperti kau kata jadi diri aku. Aku buat apa yg aku biasa buat, bukan kerana nak tunjuk kehebatan aku. Kau sendiri aku ni x hebat.

Aku harap kau akn fahami diri ku pada masa akan dtg, mungkin aku nmpak hina sekarang tp aku yg mencintai dn menyayangi mu suatu ketika dulu. Aku cuba buat apa yg termampu utk pehubungan kita dan kau, yg aku harap kejujuran dn keikhlasan.

Friday 14 June 2013

Rindu melanda diri...

Dr pagi aku agak penuh jadual harian ku, pagi aku ke klinik gigi cuci gigi mengikut rutin 3 bulan skali. Gigi kita perlu dijaga k. Selepas selesai aku ke ofice utk semak beberapa sebutharga dn fail pekerja, pasal malam ni ada meeting di Kilang, ni pun br balik smpai umah. Selesai kerja di ofice aku bertolak berjumpa beberapa pelanggan, alhamdulilah taget job yg aku nak dpt. Aku bersyukur sangat pasal diberi peluang walaupn aku muda bebanding yg lain, depa yakin dgn kemampuan syarikat. Selesai pebincangan aku pulang rumah utk menjamah pasal lapar, dlm perjalanan pulang dgn x terfikir aku balik p rumah dia. Ketika masuk taman dia br aku terfikir apasal aku mai sini, tersenyum aku senyum pasal aku masih teringat dn rindukn dia. Sepanjang dr pagi smpai selesai berurusan dgn beberapa pelanggan aku mendengar lagu kegemaran dia yg dimainkan dalam era berulang kali. Lagu yg aku papar pada catatan sebelum ini, lagu ini kegemarannya. Dia minat kerana susunan lirik berulang katanya, tp selama aku dgr baru aku paham maksudnya. Dia susah memberi aku tanda pepisahan, mungkin kerana aku bnyak kekurangan dr kelebihan. Hari ini mmg rindu aku padanya amat kuat, sejurus pulang kerja aku bersiap ke kilang. Keluar susur sungai petani, amanjaya mall menjadi mercu tanda tiba. Dgn x disedari aku menangis aku x paham apasal perasaan aku selemah ini, mengingati kenangan kami di Amanjaya kerana dia suka sushi. Aku telah dipermainkan, tak dihargai malah dipesendakan dn dihina. Tapi aku masih x mampu wujudkan rasa benci aku padanya, tlong la bg aku kekuatan dan formula. Aku dan dia cuma kenangan, tak mungkin bersama. Aku bukan ciri yg diminati, aku cuma sebagai tester buatnya. Ini yg aku rasa setelah aku mendapat tahu dr seseorg yg mengikuti nya. Aku bukan pasang spy k. Perasaan amat memainkan peranan yg penting kan, hidup boleh jd x siuman. Aku cuba lupakannya.

Thursday 13 June 2013

Harus Terpisah...

Lagu ni memberi aku jawapan kepada soalan yg berlaku... Best lagu ni, aku fahami jawapannya. Fahami liriknya k: :)


Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu


Bukan menjaja...

Apa yg ku nukilkan bukan utk menjaja atau memohon simpati, tp sebagai modul cara aku melepaskan rasa yg terpendam. Blog ini ibarat dairy atau rujukan kelak utk salah seorang pelakon kehidupan. Mengapa aku kata aku pelakon, kita semua adalah pelakon drama kehidupan. Pencipta kita pengarahnya, kita belakon atas muka bumi. Aku keluarkan entry ni cuma nak jelaskan, aku bukan minta simpati, tp belajar dr kebodohan aku dlm menghayati kepercayaan dan harapan. Jangan kita mudah mempercayai dan berharap, kelak kita yg sengsara. Kerana kita cuma tahu apa yg kita hendak, tp kita tidak tahu apa orang lain hendak. Sengsara kita yg dukung sendirian, tiada siapa kongsi duka kita. Kerana duka dan sengsara sesuatu yg tak nampak tp dirasai diri. Biar yg baca tahu aku penah melakukan sesuatu yg merugikan, kerana tidak dibalas langsung walaupun sekadar ucapan terima kasih pun aku tak dapat. Manusia diajar bebudi, haiwan pun tahu bebudi. Cuma kelebihan kita berbahasa, haiwan tidak bebahasa. Kalau x semua manusia akn faham apa haiwan mahun(Cerita pasal haiwan pulak) hahah terima kasih pada yg ikuti blog aku, terima kasih pada yg sokong dn nasihati ku, terima kasih yg memberi komen positif, terima kasih yg menegur aku. Aku cuma manusia yg x lekang dr melakukan kesilapan. Kita bukan "MAKSUM" kita sering alpa dan silap, insan yg sempurna adalah insan yg sering mengampunkan salah orang lain. Aku akn belajar memaafkn dia walaupun dia menghina aku dn keluarga, dosa manusia diampun oleh manusia. Itu diingati oleh kawan baik aku.

Jangan hadir...

Jika kehadiran kamu kerana simpati jgn dekati aku, aku xmau menjadi seperti dia. Cinta kamu dtg kerana simpati, kerana kamu anggap cinta aku agung dn ingin rasai keagungan itu. Aku xmahu kamu sakit seperti aku, selepas dia mula pulih dr lukanya yg lama. Aku kini ingin bersendirian biar semua adalah kawan, dr kawan menjadi sahabat. Jgn simpati kerana aku dilukai tp kamu sepatutnya bersyukur kerana aku terlepas dr sandiwara dunia yg kejam dan x berhati perut. Aku kehilangan dia, tp kamu bukan penganti dlm masa terdekat. Biar aku ubat dn berfikiran waras, kini aku sepi maka senang merasa suka. Suka x bermaksud sayang dn syg x semestinya cinta, cinta x semestinya dtg dr hati mungkin dr nafsu. Kini aku ingin berubah, memantapkn kerjaya dan pendapatan aku. X sabar nak ke Phuket...

Wednesday 12 June 2013

Watak aku.. Penjelasan dr penghinaan...

Aku seorang yg mempunyai watak yg bebeza, berbeza mengikut keadaan dan situasi.

Ofice - aku seorang yg tegas dan suka berbincang tp keputusan dariku. Mengapa keputusan dariku, kerana setiap keputusan amat penting untuk masa depan syarikat dan staff aku. Aku diberi tanggungjwab menjaga 2 dr 5 anak syarika, dan menjaga hal ehwal staff untuk semua group of company. Staff aku lebih dr 25 org tidak termasuk bestatus eksekutif. Kadang2 ada yg kata aku garang, tp garang aku sopan. Kerana aku diajar beradab oleh keluarga aku.

Keluarga - aku dr kecil di didik menghormati yg tua, walaupun bergitu aku seorang yg degil dan suka ikut cara aku. Pasal dr kecik aku dimanjakan kod, dalam memberi keputusan aku suka bebincang juga. Jika hal berkaitan semua aku akn ikut keputusan majoriti tp berkaitan aku, aku la putuskan.

Rakan2 - aku seorang yg gila2 mengikut keadaan dn kumpulan kawan. Jika rakan bisnes aku serius cikit, kawan lama gila x ingat dunia.

Buah hati - aku selalunya ikut apa yg dia mahu, selagi mampu akan aku cuba tunaikan. X salah membahagiakn orng yg kita syg. Aku suka bebincang kerana mengelakkan pesoalan yg tidak terjawap.

Breakfast tadi...

Malam ni baru aku dpat muat naik entry yg berlaku, kerana hari ini aktiviti aku penuh. Penuh dgn ziarah jenazah cik mah siti dan melawat pelanggan. Hari ini umur aku bertambah 1 hari hahah... Mengajar menjadi lebih matang, cuma rasa dendam dan sakit hati masih ada... Opss tp kawan baik aku kata aku bukan tuhan utk menghukum, aku yg mengizinkan kebodohan keatas aku berlaku. Dah melalut pulak aku, nak cerita pasal breakfast dh merapu sampai sejarah silam hahahah... Tadi pagi time breakfast dgn mak dan abah aku ditanya soalan, mood adik ok lg oleh abah aku. X sangka aku menyusahkan semua insan dalam keluarga aku utk seorang yg mengkianati keikhlasan aku. Kejamnya aku pada mereka, maaf kan adik (adik adalah panggilan keluarga utk aku, walaupun aku anak ke 3 dr 4). Soalan kedua paling gempak, abah kata ni dah -- tahun nak hadiah apa? Abah tunggu nnti abah bg hadiah paling best. Apa hadiah tu? Mungkin abah nak aku ------ . Aku x pasti apa hadiahnya...

Cik Mah Siti Dlm Kenangan...

Hampir jam 8.00pg  aku terima panggil call dr mak, mak bgtau yg cik mah siti meninggal dunia. Mesti ada yg tertanya2 apasal mak terpaksa call bahkan kami serumah, itu cara mak dan aku berhubung jika aku dibilik tidoq. Dan soalan tambahan siapakah cik mah siti? Cik mah siti adalah salah sorang ibu angkat aku yg memjaga aku ketika kecil. Hidup aku dikelilingi beberapa wanita istimewa, termasuk bibik aku (jgn hina aku kerana aku punya bibik). Sambung semula pasal cik mah siti, semasa kecil kami sekeluarga susah. Abah berkerja di kuala lumpur dan mak menjual kuah, aku dibesarkan atas jagaan beberapa orang jiran. Antara ibu tambahan aku adalah cik mah siti, cik mah polis dan makcik ajaq. Aku dijaga oleh mereka bertiga mengikut keadaan tanpa sebarang upah. Mak aku dengan mereka amat rapat, aku dilahirkan dirumah perumahan rakyat yg pertama di Alor Setar. Kami amat susah time tu, walaupun susah aku x penah rasa kesusahan yg teruk. Pasal aku punya keluarga yg besar, cik mah siti pandai masak nasi lemak, ketika dia pulang dr niaga dia akn bg aku mkn nasi kerak kegemaran aku. Aku suka makan nasi lemak kerak atas tempat niaga roda tiga, cik mah siti dapat nama tmbahan siti pasal dia ada anak nama siti. Cik mah siti pandai masak, sedap mkanan yg dia masak. Tp kini aku cuma dpat mengenangkn saja, wajah dia berseri2 tadi. Aku berdoa dia ditempatkan ditempat yg terbaik dn selayaknya. Terima kasih cik mah siti jaga adik dgn baik. Cuma adik ralat sikit gagal hadir ketika cik mah siti sakit ari tu, maaf kn adik.

Hilang 1 dpat 1

Allah Maha Adil, dia tarik 1 dan pulangkn 1. Dia kata aku tetap dihatinya walaupun aku penah menghilang. Hadiah yg paling bernilai. Aku akn belajar dr kebodohan yg penah aku lalui 2 bulan ini. Pengajaran dr yg berlaku, madu yg aku beri racun berbisa dan penghinaan aku dibalasi. X sangka seorang yg pendiam dan suka senyum mampu memberi bisa beracun dan penghinaan keatas diri dan keperibadian aku. Akan aku ingat smpai kemati, dosa manusia cuma manusia mampu ampuni. Penghinaan ini aku simpan smpai padang masyhar. Baik aku dihina secara terbuka, lembut aku dikeji, sopan aku di caci. Sehina aku, x permainkn perasaan orang yg aku syg, x menhancurkan hati org dengan harapan, x aku salah gunakan org yg lurus bendul. 

Tuesday 11 June 2013

Terima Kasih dan Syukur Kepada Nya...

Walaupun hati aku hancur, tp ari ini Nya gantikan dgn kenangan terindah. Aku mendapat call dan msg dr seseorang yg penah menjdi teman suka dan duka aku. Aku terharu yg dia masih ingat tarikh kelahiran aku, walaupun aku penah besalah padanya. Padanya salah dan silap dahulu jgn diingat. Aku kenal dia dahulu ketika hati aku sedih, kini dia hadir pada masa yg sama. Kebetulan atau takdir aku? Aku tidak mungkin bersamanya kerana aku xmau dia terima aku yg tidak pandai beterima kasih padanya. Biar la aku dgn dia sebagai kawan, aku menyesal mengecewakan dia. Maafkan aku, kau berhak mendapat yg lebih baik. Hadir kau hari ini memberi senyuman dn ketawa kepada ku. Mungkin cara aku melupakan dia yg menghancurkan hati aku.


Note: Maaf banyak watak dia dlm coretan kali ini. Dia dibawa oleh 2 orang yg beza.

Bertambah 1 angka...

Sempena bertambahnya umur ku kepada lebih bernilai, aku berazam akn perbaiki kehidupan dr baik kepada lebih baik, yg lebih baik kepada lebih2 baik. Terima kasih saudara2 dn sahabat2 yg sentiasa bersama aku, ketika sedih dan suka. Maaf kan aku ralat dengan kehadiran kalian kerana aku taksub pada yg tidak menghargai aku. Setelah bebual panjang dgn seorg sahabt, aku terfikir benar kata2nya. Aku senggara, mungkin dia disana tiada apa rasa. Sahabat aku kata aku perlu hargai diri dn jgn jd bodoh kerana cinta. Cinta yg tulus akn dtg jika sama2 ikhlas. Td pagi aku terbaca "Benarkah bila kita semakin bertengkar kita makin mengenali, bila kita menyakiti kita makin menyintai dan bila kita semakin menghindar kita makin merindui??".. Baca dan tertanya, tp jawapan yg perlu dijawapn besama. Aku tidak akan mendesak dia, biar dia cari ketulusan dan kebenaran. Aku akn menjadi lebih tenang dn lebih bahagia jika aku tidak tertekan, sakit dan sengsara aku menyusahkan ramai orng yg syg akn aku. Aku akn berubah, berubah mengikuti landasan Agama, dan besiap sedia utk begembira besama sepupu2 aku yg sentiasa bersama aku ke Phuket hujung bulan ini. Doakan aku berjaya mencapai azam ini.

Monday 10 June 2013

Malam yang sunyi...

Sebentar tadi abah aku mengucap selmat kepada aku, pasal besok besday aku. Dia tnya x keluar jumpa special? Aku dgn senyum jwpn tak, dlm hati ku cuma Allah saja yg mengetahui aku berharap dia sudi betemu dn meraikan besday bersama ku. Aku dan dia sekadar kawan, itu pun cukup memberi keseronokan untuk aku. Tapi aku tidak dapat menilai apa yg akan berlaku besok, aku cuma mengharap tapi takdir Allah penentu segalanya. Jika dia besimpati dn merasai hati seorang yg mengharap mungkin dia akn belembut, aku mampu berdoa. Selamat Malam semua.

Ikhlasan dan harapan menghancurkan hatiku.

Hati aku hancur, musnah disebabkan keikhlasanku dan harapan drnya. Tiada yg dpt aku rasai ketika ulang tahun kelahiran aku menghampiri hari selain sakit dihati. Aku salah kerana pantas mencintainya, aku mudah pegang pada katanya "tak akan dikecewakan". Kini aku merasai kekecewaan atas segala yg aku cuba kecapi. Dia masih tidak dpt menerima aku, aku yg terhegeh2 cinta aku cuma bertepuk sebelah tangan. Aku sakit kerana terlalu memikir dn merancang utk pehubungan ini. Yg kini tinggal kenangan dan sejarah, kenangan yg agak lama perlu aku lalui utk melupakannya. Walaupun 2 bln, tp kenangan aku bnyak besamanya. Paling dekat suasana bilik tidoq aku adalah ideal dia, aku perlu hadapinya setiap hari. Hahah... Kejamnya kenangan ini. Mlm ni besday aku akn diraikan dgn kesunyian, apasal aku memilih jalan ini. Tiada yg menghargai keikhlasan aku.

Sunday 9 June 2013

Muka aku hilang seri...

Pagi ni mcm biasa aku pergi melawat pelanggan, walaupun aku senyum tp wajah aku x mampu sembunyi kesedihan. Kakak2 jabtan bnyak yg tnya awt adik ni... Hahah.... Aku cuba sembunyi tp aku bukan pendusta, depa kata muka mcm hilang bini. Dalam hati kecil, aku hilang arah, hilang penyeri, hilang insan yg aku syg. Hahah... Depa kata aku baik, mesti dpt yg lebih baik. Tp dia pun baik, apasal bukan utk aku? Hahaha soalan yg tiada jawapan... Dunia mmg kejam.

Mimpi...

Tadi pagi aku bermimpi bersama dia dn berbual. Kami berjalan2 dan menonton movie. Tapi ia sekadar mimpi, sedih dan suka menghantui ketika sedar dr tidoq. Jika mimpi itu menjadi benar betapa happynya aku. 2 hari lagi besday aku.

Hanya sebagai Kawan...

Kemarin aku memberanikan diri ke rumahnya, setelah berjumpa aku yg bnyak bersuara. Dia mendiamkan diri, hanya sepatah dua yg keluar dari mulutnya. Sekurang2nya aku masih dpt melihat dia, aku rindu wajah dia. Di akhir pertemuan dia menyatakan kami hanya sekadar kawan, walaupun sedih hati ini bila mendengarnya tapi aku akui dan patuhi gelaran sebagai kawan. Cinta tidak boleh dipaksa, tapi cinta hadir tanpa paksaan. Aku akn cuba pebetulkan perasaan aku, kerana rasa syg dn cinta padanya aku xmau mendesak dia. Biar aku derita asalkan dia bahagia.

Saturday 8 June 2013

Bahagiamu Deritaku...


Susahnya aku...

Takkala aku cuma melupakannya, ingatan ku padanya makin kuat. Satu demi satu barangan yg di order utknya tiba. Mmg sukar aku lupakannya, kepadanya aku mengharap diizinkn aku bersama. Aku telalu sukar lupa dari ingatan. Hati aku masih memendam rindu.

Friday 7 June 2013

Doakan perubahan aku...

Dalam kes ni, aku bnyak bertanya pandangan pakar, ahli keluarga, saudara dan sahabat. Aku tnya bukan kerana aku x pandai putuskan keputusan, tap aku takut keputusan aku kurang bernas. X salah kita tnya pendapat org, Islam mengalakkn musawarah (betoi kot ejaannya) antara jawapan yg paling baik dgn bertulis ialah dr sahabat blog...


"Hi Faiz, sy faham sangat perasaan sakit awk tu dan memang betul setiap orang yang bercinta akan takut dikecewakan tapi kalau dua2 pihak jujur dan setia sy rase xder masalah untuk kekalkan hubungan itu. Awk dengan org yg awk suka tu dah declare ker?
Bolah sy tau aper yang awk telah buat kat dier sampai awk rase dier marah kat awk sbb perbuatan awk itu? Macam ni lah Faiz, dari perbuatan dier sy rase dier dah dapat someone yang dier rase sesuai untuk dier. Kalau dier betul2 cintakan awk, dier akan bagi jaminan kat awk tapi kalau dier dah diam kan diri sy rase lebih baik awk moveone jew. Sebab tak guna untuk awk buang mase memikirkan tentang sesuatu yang bukan lagi milik awk.
Dalam sesuatu hubungan komunikasi amat penting antara satu samer lain untuk memastikan dua2 pihak takder apa masalah dan boleh bawak berbincang. Dalam situasi awk sy nampak yang dier tak nak jawap soalan yang senang. Ini menunjukkan dier tak berminat or ada something yang dier belom pasti nak bertindak. Beri dier sedikit ruang dan biar dier tenang buat waktu ni. Jangan bagi dier stress or jangan push dier sangat. "

Maka aku buat keputusan utk cuba berehat dn lupakan dia, jika dia milik aku x akan lari gunung dikerja kata sepupu aku. Dia pun dh mula block dn buang aku dr hidupnya. Apasal aku nak sengsara, aku cuma insan yg mencuba utk membahagiakn dia. Aku bukan Tuhan dpt ubah, jika dia masih dibayangi sesiapa itu pilihannya. Tp aku x penah menyesal mengenali dia, walaupun singkat aku syg dia. Aku berdoa dn berharap dia akn bebahagia dgn sesiapa pilihannya, jgn luka kan hati kerana mengharapkan yg x pasti. Aku akn hargai dia yg penah membahagiakn aku. 

Perancangan aku utk dia yg telah ditempah aku akn teruskan, aku akn beri padanya. Kerana itu hak nya yg aku telah niat. Mcm biasa di leh ambik atau buang jika xmau. "Xsalah aku beli dn beri pada org yg aku syg"

Permainan...

Aku ibarat pemainan, main dan buang. Apasal dia buat aku mcm ni, aku x aniaya dia, aku cuma syg dia. Aku rasa hancur, hancur sngat. Hadiah hari lahirku yg aku terima. Ni isi hatiku, aku merasa dipermainkn. Aku x berhak merajuk @ cemburu ka? Dia anggap aku siapa? Apasal dia mainkn perasaan aku? Apasal dia bagi Harapan? Apasal dia peluk dn cium aku? Apasal aku selalu di bayangi ex dia? Apasalllllll aku stress dgn ini semua. Nak aku buang jauh, tp 1000 langkah aku cubaa 1juta langkah perasaan syg dn rindu pada dia dekati aku. Apasal dia x menghargai aku?  Soalan yg tiada jawapan. Aku dh lemah, aku x berdaya nak terima tp hati aku degil nak dia. Tolong la aku yg lemah ini.

Thursday 6 June 2013

Sakitnya setelah kau berikan harapan...


Bila aku cuba untuk membahagiakan seseorang, kenapa selalu sahaja gagal… apakah aku perlu mengubah sikap dan caranya… atau aku harus membuang ego dan degilku... Aku degil kerana takut kehilangan mu... 
Aku cuba untuk menyayangi , namun mengapa tandus kecewa sentiasa melanda diriku ini… inikah dugaan diriku untuk menumpang kasih dan merasa secebis kasih dari insan yang mampu membahagiakan ku…..
Aku tidak pernah mengharapkan lebih dari menerima sedikit kasih sayang, namun mungkin trlalu susah untuk aku menerimanya walaupun apa yang kita fikir terlalu mudah..
Kenapa peluang selalu diberi, kemudian disia-siakan…
Kenapa pula, setelah kita diberi harapan mengunung, tiba-tiba dikecewakan?? Semuanya pasti pernah merasa sakitnya mengharap cinta yg dihancurkan…
Aku tak ingin semua ini terladi, tapi hati terlanjur menyintai… aku juga tak mampu salahkan mana-mana pihak, kerana ini jalan takdir yang aku pilih….
Segala yang berlaku adalah pengalaman yang berharga dalam erti percintaan dan kehidupan… aku akan jadikan ia satu panduan untuk terus.. Tapi aku tau aku tidak sekuat mana, walau pun aku pernah terjatuh sakit, namun tak mustahil aku akan melaluinya untuk yang kesekian kali, kerana aku insan yang lemah dan selalu tewas dalam kehidupan dunia….

Pagi ni...

Aku kesunyian, apasal dia buat aku mcm ni? Aku ikhlas utk dia, apasal dulu dia mesra dn manja. Tapi sekarang dh lain dr yg aku kenal. Jika aku boleh terima baik dn buruk dia, apasal dia masih was2 dgn aku. Adakah dia masih ingat kekasih lamanya, jika benar jgn jadikn aku mangsa melepaskan rasa. Aku punya hati dn perasaan, hati aku sakit tp aku rindu dia. Aku berhak cemburu, kerana aku sakit dgn tindakan dia. Dia kata aku adalah aku, tetapi bila keluar apasal bayangan ex dia akan bersama aku. Pertanyaan aku, sebagai pengukur utk tahap selamat aku. Aku pun perlu pelindung, aku sakit. Aku xtau apasal aku jd mcm ni, aku syg dia sngat.

Wednesday 5 June 2013

Aku Bahagia...

Tiada jawapan... Aku dlm pencarian dimana kebahagiaan utk aku.

2 Bulan...

Baru 2 bulan, bukan 2 tahun, bukan 2 abad, bukan 2 dekad. Tp cukup rasa mendalam cintaku pada nya. Mmg aku kerap mengalami kegagalan dlm pecintaan, tp kali ini mmg menyakitkn aku jika aku gagal lagi. Aku dh takut nak becinta, kerana cinta tidak berperikemanusian. Cinta aku padanya amat dalam, entah mengapa? Soalan tiada jawapan pada ku. Orangnya biasa, tiada yg hebat tp gaya dn keperibadiannya buat aku mmg cukup tetarik padanya. Jika aku punya kuasa yg boleh aku guna dh aku perintahkan setiap yg boleh mengembirakan utknya. Tapi apakah daya aku cuma seorang pengemis cinta yg jujur dan ikhlas. Walaupun aku mempunyai segala kelebihan, tp kelemahan dlm cinta buat aku gagal membahagiakn org yg aku kasihi. Aku cuma mampu menulis kebodohan cintaku dlm blog ini, agar menjadi teladan yg terbaik utk semua yg baca. Dia istimewa tiada jawapan yg lebih teliti utknya, jika utk dia akn aku buat apa yg termampu. Aku syg dia, dia nyawa dan kekuatan aku. Aku haramkn jika ada yg menghina dia, dia sempurna dimata ku. Jika aku bukn miliknya, aku harap yg lebih baik utknya. Ni saja cara aku luahkn rasa yg ada dlm hati aku. Aku tidak kesah dianggap taksub, pasal dia yg aku benar2 syg.

Hampir Hari Jadi Ku...

Usia ku akan meningkat tidak lama lagi, tiada hadiah yg mahal aku pinta. Cukup la seorang yg benar2 ikhlas bekwn, syg dan kasih akn aku. Hidup ku agak sempurna, cuma aku kekurngan insan yg mengasihi aku. Aku amat kesunyian, bila aku ketemu dia. Hidup aku ceria, tp emosi dn gayanya seakan2 bemain teka-teki dgn ku membuat aku tidak pasti dia benar2 terima aku atau sekadar melayan kerenah ku. Aku cuma harap keikhlasan, bg ku duit dan harta boleh dicari. Tetapi kejujuran dan keikhlasan aku sukar mencarinya. Dalam kamus hidupku, jujur dn ikhlas adalah kepala sesuatu perhubungan. Aku mmg sukar suka seseorg kecuali aku dpt merasai keikhlasan dn kejujurannya, tapi dua perkara ini la selalunya mengecewakan aku. Mengapa aku dipermainkan, ketika hati ini amat mencintainya? Apa salah ku? Aku x penah menaniaya org. Mungkin bday aku kali ini hadiah sebuah kesunyian kepada ku.

Tuesday 4 June 2013

Aku Sayang Dia...

Pada aku pertemuan dia dan aku satu takdir, aku dn dia tidak penah merancang utk betemu. Aku penah ada usaha utk mengenalinya dlm applikasi alam maya tapi tidak dilayannya aku. Kerana pada ketika itu dia masih mempunyai kekasih, ketika itu aku berazam ingin mencari yg setia seperti dia. Pada aku susah nak cari yg setia. Pada satu hari kami bemsg dn aku bejaya ajk dia keluar mkn, time tu br aku tau yg dia penah jmpa aku time shoping kat penang. Aku rasa yakin yg dia mmg ku cari selama ini. Dr pekenalan petama kami, aku dh berazam utk mengenali dia dgn lebih dalam. Aku akn usaha utk membahagiakn dia, dia terlalu luar biasa buat aku. Cara dia yg manja dn cute buat aku sedap ja mata memandang. Marah dia yg lain, bila dia diam aku dh tergetaq lutut. Aku dh pecah peluh, tp marah tu yg aku suka tengok. Dia akn menambah lagi suka aku pada dia, marah itu akn buat aku jd lg gila. Kerana gila padanya, aku snggup buat apa yg termampu untuknya. Mmg apa yg diberi bukan pemintaannya, tp itu bgku hadiah kecil setelah dia membahagiakn saatku bersamanya. Walaupun dia x berperasaan pada ku, pada ku saat bersamanya adalah hadiah paling happy. Aku syg padanya tidak penah ada penghujung, setiap saat dn detik aku teringat gayanya. Pemberianku cuma la sebutir pasir antara berjuta pasir dipantai, tidak dpat dinilaikan dgn pemberian kebahagiannya  kepada aku. Aku syg dia terlalu, mmg aku degil. Aku degil kerana takut aku x mampu memberi kebahagian kepadanya, kerana aku yakin tempoh aku cuma seketika. Aku tidak kesah di tamatkan tempohku, cuma aku harap aku mampu memberi semua yg layak bagi seorang kekasih. Bagi aku kebahagian dn kegembiraannya adalah penting. Kepadanya aku mengharap bg la aku tempoh yg panjang supaya ada memori yg indah buat aku tika aku kehilangan mu kelak. Kamu yg terbaik...

Adakah dia akn memujuk hati ku?

Aku rindu dia, adakah dia akn memujuk hati ku? Ini kah hadiah hari jadi ku tahun ni? Aku mewujudkan masalah ini, aku nak tgk dia pujuk x aku. Adakah dia syg aku @ tidak?

Sunday 2 June 2013

Ya Allah, Jika dia bukan milik ku, Izinkan ku melupakan ia.

Jika dia bukan milik ku, izinkn aku lupakan dia. Aku x sanggup mengadaikan hati dn perasaan aku kepada insan yg langsung tidak menghargai keikhlasan aku. Tangisan aku bukan lakonan, aku menangis kerana syg pada dia. Aku sedar aku bkn dipandang matanya, aku cuma pegemis mengharapkan belas kasihan dr dia yg ku cinta dn sayang.