Monday 24 June 2013

Anak Jiranku Meninggal...

Rupanya kematian seorang pelajar di Jordan adalah anak jiran aku, Allahyarhamah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. Allahyarhamah bercuti dahulu ke Jordan, sebelum dijangka pulang ke Tanah Air pada penerbangan Sabtu ini. Tetapi kita merancang, Allah jua menentukan mana yg lebih baik utk hambaNya. 

Jenazah Allahyarhamah dijangka tiba malam ni antara jam 10.30 - 11.00 Mlm, aku akn menghadiri solatnya jenazahnya. Walaupun aku kurang mengenalinya, tp bg ku ini adalah sebahagian tanggungjawab ku sebagai Jirannya. Terima Kasih Kerajaan Malaysia dan Kedah atas keperihatinan menguruskan penghantaran pulang jenazah bekenaan. Kepada keluarga Allahyarhamah, tabahkan hati dan hadapilah dugaan ini dengan redh. Allah tidak menzalimi hambaNya.

Dari hal ini, aku baru teringat utk memaklumkan kepada Wisma Putra dan dapatkan no phone kedutaan, ini bagi memudahkan keadaan jika berlaku apa2 yg tak diingini. Tapi aku mendoakan semuanya berjalan seperti yg dirancang, kalian yg membaca juga doa sama untuk aku.