Saturday 15 June 2013

Abg Aman...

Kemarin pagi, tengah aku khusyuk tengok Running Man yang dirakam. Aku terima panggilan call dr En. Aman, yg aku panggil Abg Man. Sebelum cerita lebih lanjut apa yg berlaku, biar aku ceritakan siapa dia utk aku. Abg Man adalah seorang Pensyarah Kanan semasa aku stdy dulu, tmpatnya rahsia la. Dia tegas, garang yela kan nama pun pensyarah kanan. Aku kenal dia pasal dia ajar one of paper pengajian aku. Awl kenal aku dgn dia x berapa rapat, smpai tetiba aku dipanggil dia kerana aku gagal test paper dia time peperiksaan petengahan sem. Dia panggil utk tnya sebab, saat tu la aku dgn dia jd sekepala. Pada masa sama dia menjadi penjaga aku hahah, abg aku dan housemate aku. Aku yg dok umah dia, best gila pasal dia dah kawin cuma wife dia dok perak pasal kerja sana. Sekali sekala kak dtg aku makan kenyang. Bayangkan umah tu lengkap segalanya, aku sewa sekadar RM 100 utk sebilik termasuk elektrik dan air serta makan ikut selera abg man. Bagi student besar rahmat dah, dalam rumah tu aku belajar tambahan displin, kejujuran dan keikhlasan kerana abg man pentingkan 3 perkara tu. Sambung semula cerita pagi tadi, dia call dan tanya sapa si polan2 ni utk aku kerana dia nampak pic aku dlm blog si polan2 ini. Maka dgn jujur aku pun cakap la org tu adalah org yg aku syg, tp kami dh terhenti diseparuh jalan. Dia pun faham situasinya, tp yg mengejutkan aku dia bgtau yg blog tersebut menceritakan tentang aku dlm entry terbarunya. Aku pun kata mmg aku tau yg si polan2 ini ada blog. Abg man marah aku pasal pic tu boleh nampak muka aku, dia kata baik aku sendiri buka dan baca. Aku x minat utk buka kata aku pada abg man, pasal aku penah dilarang mengikuti blog tersebut. Setelah banyak yg dibeleteri, biasa la abg man yg beleter x sah la. Dulu dalam kelas, rumah, karaoke, time nak p masjid, tgk wyg, aku nak exam dan bnyak lg x dgr beleter dia x sah. Smpai kak (wife) dia tnya aku mcm mana dok dgn dia, aku senyum ja la. Dia mcm abg aku, cuma dia kuat beleter. Banyak yg kami bual, isu dia, aku, kak, dan blog yg kepunyaan insan yg aku gilai. X sangka pasal dia aku dpt bebual dgn abg man.

Selesai bebual dgn abg man, aku pun buka blog tersebut. Dia menceritakan tentang 3 insan yg penah dikenali termasuk aku. Sebelum ni aku penah tau dr beberapa kenalan yg penah ikut, tp tidak pulak diceritakan tentang entry baru ini. Aku tidak marah yg dia akn meceritakan tentang aku dlm blognya, cuma aku kecewa dgn hinaan yg dia lontarkan kepada aku termasuk tempiasnya akn diterima keluarga aku jika terdedak. Mungkin ada benar didalam tulisannya, tapi jika dia besikap waras tidak sepatutnya dia menyalahkan aku seorang. Masing2 ada salah dn kekurangan, tempoh 2 bulan bukan tempoh yg panjang utk mengenali aku. Suami isteri pun yg sudah berkahwin dlam tempoh lebih 20 thn pun masih bergaduh inikan pulak aku yg 2 bulan. Katanya aku yg berusia sedemikian tp tidak cukup matang dan mengharapkan sesorang perempuan yg bergelar bibik utk bantu. Soalannya, bibik aku ada mengendalikan urusan syarikat aku ka? Aku punyai 5 tanggungan syarikat, mana lagi besar? Jika aku x matang bolehkah aku urusakan? Aku punya lebih 20 org kakitangan. Bila bercakap mengenai orang lain jgn berlandaskan apa yg kita dgr, lihat dan rasa dalam tempoh tetentu. Mungkin dia nampak aku x matang bila aku banyak menyuruh bibik aku, aku suruh dalam urusan rumah aku. Aku suruh dalam urusan yg pada aku bukan kerja aku nak fikirkan. Seperti menyediakan makan, minum dan kebersihan baju dan bilik. Tapi dalam hal peribadi aku, bibik x mainkan sebarang peranan. X penah seingat aku bibik basuh punggung aku, suap aku makan, cuci kencing aku dan tentukan baju aku. Cuma setiap baju aku perlu diseterika dan dilipat, baju yg disangkut perlu dibasuh jika aku letak dlm raga. Jgn jadikan aku sebab kau terpaksa berpisah, pasal jika kita mencintai seseorang kebaikannya akn menjadi penghalang kejahatan dn keburukannya. Masa aku dan kau bekenalan pada awalnya, aku seorang yg berlainan ka? Aku tetap aku, seorang yg kalut, mendesak, pemboros seperti kau coretkan, dan apa yg kau katakan. Tapi apasal kau masih kata aku tak akn dikecewakan? Soalan yg aku xtau, yg aku tau kau cuma bealih hati atas sebab yg aku xpasti. Aku amat kecewa dgn apa yg dicoretkan tentang aku. Aku boros kat mana, aku beli dan mahu apa yg aku belum ada. Bukan aku beli benda yg ada, aku makan makanan yg aku suka dan mahu. Bila aku tanya kau kata ikut aku, maka aku ikut apa yg aku mahu. Jika kau kata nak makan d warung jom kita makan, jgn hukum  aku kerana kebiasaan aku. Aku x mampu menjadi org lain, seperti kau kata jadi diri aku. Aku buat apa yg aku biasa buat, bukan kerana nak tunjuk kehebatan aku. Kau sendiri aku ni x hebat.

Aku harap kau akn fahami diri ku pada masa akan dtg, mungkin aku nmpak hina sekarang tp aku yg mencintai dn menyayangi mu suatu ketika dulu. Aku cuba buat apa yg termampu utk pehubungan kita dan kau, yg aku harap kejujuran dn keikhlasan.