Wednesday 12 June 2013

Cik Mah Siti Dlm Kenangan...

Hampir jam 8.00pg  aku terima panggil call dr mak, mak bgtau yg cik mah siti meninggal dunia. Mesti ada yg tertanya2 apasal mak terpaksa call bahkan kami serumah, itu cara mak dan aku berhubung jika aku dibilik tidoq. Dan soalan tambahan siapakah cik mah siti? Cik mah siti adalah salah sorang ibu angkat aku yg memjaga aku ketika kecil. Hidup aku dikelilingi beberapa wanita istimewa, termasuk bibik aku (jgn hina aku kerana aku punya bibik). Sambung semula pasal cik mah siti, semasa kecil kami sekeluarga susah. Abah berkerja di kuala lumpur dan mak menjual kuah, aku dibesarkan atas jagaan beberapa orang jiran. Antara ibu tambahan aku adalah cik mah siti, cik mah polis dan makcik ajaq. Aku dijaga oleh mereka bertiga mengikut keadaan tanpa sebarang upah. Mak aku dengan mereka amat rapat, aku dilahirkan dirumah perumahan rakyat yg pertama di Alor Setar. Kami amat susah time tu, walaupun susah aku x penah rasa kesusahan yg teruk. Pasal aku punya keluarga yg besar, cik mah siti pandai masak nasi lemak, ketika dia pulang dr niaga dia akn bg aku mkn nasi kerak kegemaran aku. Aku suka makan nasi lemak kerak atas tempat niaga roda tiga, cik mah siti dapat nama tmbahan siti pasal dia ada anak nama siti. Cik mah siti pandai masak, sedap mkanan yg dia masak. Tp kini aku cuma dpat mengenangkn saja, wajah dia berseri2 tadi. Aku berdoa dia ditempatkan ditempat yg terbaik dn selayaknya. Terima kasih cik mah siti jaga adik dgn baik. Cuma adik ralat sikit gagal hadir ketika cik mah siti sakit ari tu, maaf kn adik.