Friday 25 October 2013

Dimana Cinta Aku...

Setiap hari aku tetanya-tanya, Mengapa aku x penah mendapat Cinta yg sejati. Aku kerap kali di kecewakan, setelah aku mencurahkan sepenuhnya kasih aku utk Cinta ku. Aku ni teruk sngatkah smpai xada yang sudi menjadi teman aku yg ikhlas dan jujur. Aku sentiasa memikir mengapa, mengapa dan terus mengapa. Aku amat cemburu melihat setengah pasangan yg bebahagia, bila aku akan kecapi saat ini. Ketika aku diwad, aku amat mengharap seseorang akan hadir. Tetapi cita-cita aku amat meleset, tiada yg aku harap dtg. Mungkin aku tidak penah meninggalkn sedikit pun rasa kasih buat nya, teruknya aku cuba melakukan yg terbaik tapi tiada sedikit pun meninggal bekas padanya.

Kini, aku cuma mampu befantasi akan menemuni seseorang yang akan menghargai aku. Aku janji akan melakukan yg terbaik pada siapa yg ikhlas.

Sejujurnya aku cemburu melihat orng sekeliling aku yg bahagia sangat... Hihihi

Nota : aku kini dah keluar wad, tulang belakang aku L1 dan S1 mengalami masalah kecil. Aku kini perlu menjalani fisioterapi selama 1-2 bulan selepas itu baru doc putuskan perlu atau x utk membedahan. Kejadian ini belaku disebabkan kesan jatuh yg lama, bukan baru kata doc. Aku skrg kena kurang mengangkat berat dan pegerakan aku perlu secara sihat. X boleh travel yg lama, perlu berehat.

Tuesday 22 October 2013

Percutian Di Hospital...

Kesihatan aku tergendala lagi, kali ini disebabkan tulang belakang aku ada problem. Malam sabtu lalu ketika tidoq tetiba aku diserang kekejangan pada pinggang, terpaksa aku berangkak ke bilik Adik ku yg besebelahan. Adik cuma mampu sapu minyak panas, selepas minyak disapu pinggang aku menjadi tenang. Pada malam ahad, sekali lagi aku di serang. Tapi serangan kali ini buat aku sukar benafas, kedua kaki aku menjadi kebas dan kejang.

Ahad pagi aku masih merasai kesakitan, sebab x tahan aku ke KMC utk mendapatkn rawatan. Aku diaturkan berjumpa doc pakar, dan aku perlu menjalani scan MRI. Selesai scan dijalankan, aku diberitahu doc yg tulang belakang aku ada problem. Katanya mungkin sebab aku jatuh, bukan sebab jatuh cinta k. Selain itu, ada saraf yg tekepit diantara tulang belakang. Itu yg menyebabkan aku kekejangan dan kebas.

Setakat hari ini, dah 2 hari aku disini. Aku disini cuma menjalani fisio, kata doc aku perlu menjalani fisio lebih kurang 2 bulan. Jika masih tiada perubahan baru langkah seterusnya utk mengadakan pembedahan perlu dilakukan.

Selama aku disini, sakitnya cuma Allah yg Maha Mengetahui. Adakala ok ja, dan tetiba sakit. Malam aku sukar tidoq kerana kaki aku kerap kejang dan kebas, seperti malam ini aku menahan sakit. Aku redha dgn apa yg berlaku, aku anggap ini menghapus dosa buat ku. Allah memberi ujian aku perlu terimanya. Aku perlu besabar dan bnyakan bedoa.

Aku menulis ari ini mengharap doa kalian agar aku dipermudahkan oleh Nya.

Nota: aku ada msg bekas cinta, dan dia nasihatkan aku menjaga diri dan jgn ikut perasaan. Aku hargainya.

Wednesday 16 October 2013

Menangis yg tiada punca...

Aku xtau nak meluahkan rasa rindu aku pada siapa. Setelah hampir sebulan aku x berjumpa dngan bekas cinta, ari ni aku bertemu. Dia dtg membayar barang yg dia minta aku tlg tempahkan sebelum kami terputus tanpa sebab. Tak banyak yg dibualkan, cuma aku bertanya mengapa ini berlaku ? Cuma senyuman yg terukir dibibir nya, aku beritahunya aku merasakan diri aku seperti sampah. Senyuman yg aku rindu. Setelah di pulang, air mata aku tertiba mengalir. Aku x paham mengapa aku begitu lemah, aku perlu terima kenyataan antara kami tiada yg special. Aku bukan yg terbaik utknya, tiada langsung citarasanya pada aku. Tlg la, aku kena kuat. Aku dah biasa besendirian, aku x perlukan dia. Tp aku rindukan dia. Aku xtau pada siapa aku nak bekongsi, cuma blog ni tempat aku luah rasa yg aku pendam. Dah lama aku x menangis seteruk ini. Bila ini akan berakhir?

Darah Tinggi...

Dari Ahad hingga kini kepala aku masih dok pening2, sabtu lepas aku bising kat abg angkat aku kerana dia ada darah tinggi aku beleter agar dia jaga kesihatan dan pemakanan. Ahad dr bangun tidoq aku pening sampai pejabat aku tetiba terjatuh tp nasib bukan pengsan, cuma jatuh ketika hendak berdiri. Seterus kejadian aku terus ke klinik panel, tekanan darah aku diperiksa dan sampel darah aku diambil. Dalam pemeriksaan tersebut doc kata aku ada tekanan darah tinggi tp x teruk sngat, cuma keputusan darah kena tunggu seminggu. Harap2 xada apa2 yg teruk, aku xmau masuk wad dah. Doc minta aku banyak berehat, x kan aku yg br 28 thn kena rehat dah. Time ni la aku kena kerja kuat pasal masa depan aku baru bermula.

Aku mungkin sekarang agak sibuk dengan kerja, gym dan hal masa depan aku. Sekarang aku mmg stress dgn kerja yg bertimbun dan aku skrg bnyak bergerak melawat pelanggan dan pembekal. Aku kepercayaan keluarga utk memajukan syarikat, aku kena buktikan aku setanding abgku. Aku perlu buktikan kematangan aku kendalikan kerja dan pendapatan syarikat. Skrg Syarikat dalam petambahan bidang utk terokai, so aku perlu kerja kuat. Aku juga nak buktikan pada org sekeliling aku, dalam pewatakan kanak2 aku mampu membawa syarikat kearah yg lebih baik. Selain sibuk dengan urusan kerja, skrg aku dah mula serius ke gym. Aku skrg p gym time rehat, sesibuk mana pun aku akan aku kegym juga. Mungkin tekanan darah aku naik kerana aku buat kerja gila2, tapi malam aku rest. Mungkin badan aku br nak terima cara kerja mcm ni kod, badan tekejut dgn aktiviti luar biasa ini.

Bekaitan hal masa depan, aku diberi tempoh utk berkahwin. Jika aku x menyatakan sesiapa sebagai calon, maka keluarga aku akan putuskan. Aku serah kan hal ini pada takdir dan jodoh, aku masih tiada calon buat masa skrang. Aku yakin pilihan keluarga aku bukan utk menganiaya aku kod. Umur aku yg meningkat naik, aku perlu fikir tentang masa depan aku. Sejarah lama pengajaran utk aku, aku perlu melangkah kehadapan. Fikir yang positif, ramai yg akan menghargai aku.

Besok Abah buat korban pulak, aku kena terlibat dalam proses korban ini. Harap2 sakit kepala aku x serang lagi.

Nota: Awat aku masih ingatkan dia? Bila aku teringat, aku mesti menangis. Hebat sangat kah dia? dia dah berlalu pergi, tapi aku masih ingat dia. Dia mungkin dh happy dgn keadaan skrg, apasal aku nak besedih pulak. Cakap senang, tp susah nk lupakan org yg kita syg kn... Aku Perlu Tabah...

Saturday 12 October 2013

Sekali Aku Jatuh Cinta...

Sekali aku mencintai seseorang amat sukar aku nak lupakan dia, cinta aku sngat mendalam. Aku dah cuba lupakan sejarah silam aku bersamanya, tetapi sukar bagi aku. Aku faham, aku x mungkin bersamanya dah. Hala tuju dan pencarian kami bebeza, aku tiada peluang. Walaupun aku membuat apa yg terbaik, aku gagal juga kerana sikap aku x mungkin berubah. Aku cuma rasa sakit kerana seperti dipergunakan, aku x penah diperjelaskan setiap keadaan yg berlaku. Aku ibarat dibuat seperti sampah, ditinggalkan tnpa sebarang sebab. Aku cuma membahagiakannya, aku cuba buat apa yg dia mahu, ada yg berjaya dan ada yg gagal. Sekurang2nya aku berusaha, berusaha mencapai usaha.

Kini, itu semua kenangan aku ada baik dan buruk. Aku percaya dan yakin setiap yg berlaku ada hikmahnya. Nasihat aku kepada yg baru becinta, nilai dulu hubungan kita sebelum kita tersasar jauh. Hargai dan pejelaskan lah kepada pasangan kita jngan dilayan seperti dia x punya perasaan. Jangan jadi seperti habis madu sepah dibuang. Lagi satu, jika kita berniat nak bekwan dgnnya jgn kita membuat pebezaan antara dia dgn sesiapa. Setiap orang ada cara dan perwatakan yg bebeza. Jika dia boleh terima baik dan buruk kita, mengapa kita x boleh? Hebat mana kita smpai org perlu menunduk dan merayu kepada kita. Jika pasangan kita sanggup melakukan sesuatu yg kita x snggup bebuat demikian itu bukti dia ikhlas dan syg kita. Jgn kita ambil kesempatan atas kebaikan pasangan kita. Aku berkata secara menyeluruh bukan menuduh sesiapa, aku ada bnyak keburukan dr kebaikan.

Monday 7 October 2013

Hujan Lebat...

Dari pagi sampai skrg hujan x berhenti-henti, teringat aku pada bekas cinta. Dulu bila hujan ja, aku mesti kalot nak g ambil antar pergi dan balik. Alasan hujan utk supaya aku dpt besamanya, hahah. Kini ini semua kenangan, kenangan yg memberi aku senyuman dan kesedihan. Apasal tempoh aku bersamanya cuma seketika, adakah aku dah puas bekhidmat utknya. Aku dihentikan perkhidmatan mungkin pasal aku x layak besamanya. Bila aku bebual tentang ini, pasti aku merasakan diri ini bersalah. Aku x pasti mengapa? dia pun bukan semua betoi tapi aku tetap salahkan diri.

Aku cuma dpt merasa dan meandaikan sahaja apa yg sedang dia lakukan, mungkin dia dah ada penganti. Orangnya hot mesti ada yg menanti, aku cuma mengharap. Hujan buat aku teringat akn dia, dalam sungguh kenangan aku besamanya buat aku. Dr pagi aku mcm gila, rasa nak kerumahnya tp aku x sanggup. Kerana akn menyakitkn aku sahaja.

Aku akui masih rindukn dia, tp aku cuba lupakan kerana aku x mau bodohkan diri lagi.

*Macam mana dia ye? renew lagi roadtaxnya? Dia dpt cari lagi menyewa? Dia buat lg bisnes utk tmbah income nya?

Friday 4 October 2013

Jumaat 4/10/2013

Hari ni cuti sepatutnya tapi x rasa mcm cuti, pagi tadi kena p jumpa pembekal di Penang. Nasib ada yg meneman, thx awk teman aku hihihi. Dah la teman aku siap jd pemandu aku lagi, rasa mcm berharga. Aku nak bawa sendiri tp dia kata aku kena rest nnti nak buat kerja. Dalam pejalanan, aku kerja tidoq ja. Smpai tol Sungai Dua, dia behenti kat plaza tol minta aku cuci muka. Aku rasa mcm budak dimanja, walaupun kami baru kenal tp dia hargai aku. Thx la, aku x perlu layanan lebih2. Takut x mampu nak balas. Dalam pebincngan aku dngan pembekal dia cuma menunggu, pembekal aku tnya pemandu ka. Pemandu kepala otak, Doctor tu. Cuma muka kanak2 rebena hahah... Lepas selesai meeting aku kena shoot g SP, nak ambil tanda tangan bos. Kami makan dan solat disana, ari ni p urusan kerja tp ditanggung oleh dia. Syok gak dpt brng pecuma hahah... Tp dia bohong aku satu perkara, katanya cuti tp dia kena masuk kerja koi 5 Ptg. Kesian dia, pasal aku mesti penat sekrg. Nak marah katanya kalau bgtau betoi mesti dia x dpt ikut hahah... Pada aku jgn la smpai menyusahkn diri, aku menerima sesiapa yg ikhlas x perlu nak korbankn sesuatu la. Thx teman aku... nnti aku balas apa yg aku terima ari ni... Tapi jngan lebih k... Dia kata aku nmpak mature la, takut aku dgr pekataan tu. Apa yg mature, aku mature ikut keadaan ja. Aku x mature, aku susah nak serius. Aku serius bila perlu, leh gila kalau serius ja. Mature tu besar pahamannya. Apa2 pun aku happy ari ni, minyak keta penuh, touch & go ada baki lgi.. hahah Jahat aku ambil kesmpatan atas pemberian org. hahahah tp dia baik sngat.

Malam ni aku g tengok wyg, dia nak join gak tp kerja punya pasal x dpt join. Dia nak kenal famly aku, malam ni aku g dgn famly aku. Aku rasa dia benar2 nak kawan dgn aku. Aku x penah kenakan sebarang syarat kepada sesiapa pun. Aku Sudi memberi kepada sesiapa yg sudi menerima

Thursday 3 October 2013

Tak Penah Aku Menyesal...

Agak lama aku x menulis sebarang catatan di sini, ari ni saja aku nak lepas kan geram aku. Sejak Beberapa minggu ni aku agak sibuk dgn kerja serta hobi baru aku. Tadi baru dapat bebual dgn mmbr baik aku yg jauh dr aku, aku bangga dia dah berjaya buktikan dgn kejayaannya. Sebagai kawan aku cuma mampu bebangga dan menyokongnya dari jarak jauh.

Cuma dalam pebualan aku, ada sikit perkara yg aku rasa x best sngat. Bila dia bertanya aku tentang bekas cinta aku, katanya aku ni melepaskn sesuatu yg ada depan mata. Aku x terfikir dia akn menyalahkan aku, aku bkn melepaskan tapi aku mengikut gerak hati aku. Mungkin aku nmpak bodoh dimatanya, tp hati aku memilih utk terus menanti bekas cinta suatu ketika dulu. Aku cuma terasa besalah mengetepikan insan yg penah cuba mengenali aku dan menyanyangi aku seadanya walaupun kekurangan aku lebih dr lebihan. Maafkan aku ye.

Selama aku mengenali dan mencuba nasib mendekati bekas cinta, aku dah belajar erti pengorbanan dan memberi. Aku cuba menjadi sebaik2 sahabat dan teman buatnya (pada aku, aku dah buat yg sebaiknya) setiap apa yg dikehendaki aku cuba tunaikan cuma aku manusia yg tak sempurna. Kelemahan aku yg paling aku kesali cuma aku x menenuhi ciri kematangan yg dia mahu. Kini semua itu kenangan, aku mampu berkata aku x penah menyesal mengenali dan menyayangi nya.

Aku kini happy dgn cara hidup dan hobi baru aku, aku juga telah cuba memberi ruang kepada semua yg cuba mengenali aku. Aku kini x mengharapkan seorang insan sahaja, pada aku sesiapa yg memerlukan aku maka aku akn perlukannya. Aku skrg menyibukan diri dgn urusan kerja dan hobi aku. Apa hobi aku? nnti aku akn bgtau.

Tentang bekas cinta, aku kadng2 mcm nak tahu juga keadaannya (kepoh x aku hihi) yela dia penah menjadi salah seorng orng penting dalam hidup aku, xkan aku nak lupakan mcm tu ja. Aku x penah buang dia dalm hidup aku, cuma aku tiada sumber yg benar utk mengetahui. Dia mendiamkan diri dengan tiba2 tnpa sebarang khbar, apa pun alasannya kelak aku sudi mendengar tp agak aku kecewa kerana mungkin dia x penah menganggap aku penting tu dia diam dgn tiba2. Aku kini terus berjalan mencapai cita2 dan kebahagian yg aku mahu. Doakan aku.

Nota: Aku minta maaf kepada semua yg penah terlibat dlm kes cinta aku, maaf sngat2 menyusahkan ampa semua. Aku bukan niat mengunakan ampa utk kepentingan aku, cuma ampa saja dpt membantu aku dlm pencarian ini. Tapi aku happy dpt kenal ampa hihihi... Ada yang benggang dgn aku kerana bila aku msgnya mesti bertanya tentang Bekas Cinta, Maaf dr hujung rambut hingga hujung kaki.