Thursday 3 October 2013

Tak Penah Aku Menyesal...

Agak lama aku x menulis sebarang catatan di sini, ari ni saja aku nak lepas kan geram aku. Sejak Beberapa minggu ni aku agak sibuk dgn kerja serta hobi baru aku. Tadi baru dapat bebual dgn mmbr baik aku yg jauh dr aku, aku bangga dia dah berjaya buktikan dgn kejayaannya. Sebagai kawan aku cuma mampu bebangga dan menyokongnya dari jarak jauh.

Cuma dalam pebualan aku, ada sikit perkara yg aku rasa x best sngat. Bila dia bertanya aku tentang bekas cinta aku, katanya aku ni melepaskn sesuatu yg ada depan mata. Aku x terfikir dia akn menyalahkan aku, aku bkn melepaskan tapi aku mengikut gerak hati aku. Mungkin aku nmpak bodoh dimatanya, tp hati aku memilih utk terus menanti bekas cinta suatu ketika dulu. Aku cuma terasa besalah mengetepikan insan yg penah cuba mengenali aku dan menyanyangi aku seadanya walaupun kekurangan aku lebih dr lebihan. Maafkan aku ye.

Selama aku mengenali dan mencuba nasib mendekati bekas cinta, aku dah belajar erti pengorbanan dan memberi. Aku cuba menjadi sebaik2 sahabat dan teman buatnya (pada aku, aku dah buat yg sebaiknya) setiap apa yg dikehendaki aku cuba tunaikan cuma aku manusia yg tak sempurna. Kelemahan aku yg paling aku kesali cuma aku x menenuhi ciri kematangan yg dia mahu. Kini semua itu kenangan, aku mampu berkata aku x penah menyesal mengenali dan menyayangi nya.

Aku kini happy dgn cara hidup dan hobi baru aku, aku juga telah cuba memberi ruang kepada semua yg cuba mengenali aku. Aku kini x mengharapkan seorang insan sahaja, pada aku sesiapa yg memerlukan aku maka aku akn perlukannya. Aku skrg menyibukan diri dgn urusan kerja dan hobi aku. Apa hobi aku? nnti aku akn bgtau.

Tentang bekas cinta, aku kadng2 mcm nak tahu juga keadaannya (kepoh x aku hihi) yela dia penah menjadi salah seorng orng penting dalam hidup aku, xkan aku nak lupakan mcm tu ja. Aku x penah buang dia dalm hidup aku, cuma aku tiada sumber yg benar utk mengetahui. Dia mendiamkan diri dengan tiba2 tnpa sebarang khbar, apa pun alasannya kelak aku sudi mendengar tp agak aku kecewa kerana mungkin dia x penah menganggap aku penting tu dia diam dgn tiba2. Aku kini terus berjalan mencapai cita2 dan kebahagian yg aku mahu. Doakan aku.

Nota: Aku minta maaf kepada semua yg penah terlibat dlm kes cinta aku, maaf sngat2 menyusahkan ampa semua. Aku bukan niat mengunakan ampa utk kepentingan aku, cuma ampa saja dpt membantu aku dlm pencarian ini. Tapi aku happy dpt kenal ampa hihihi... Ada yang benggang dgn aku kerana bila aku msgnya mesti bertanya tentang Bekas Cinta, Maaf dr hujung rambut hingga hujung kaki.