Tuesday 22 October 2013

Percutian Di Hospital...

Kesihatan aku tergendala lagi, kali ini disebabkan tulang belakang aku ada problem. Malam sabtu lalu ketika tidoq tetiba aku diserang kekejangan pada pinggang, terpaksa aku berangkak ke bilik Adik ku yg besebelahan. Adik cuma mampu sapu minyak panas, selepas minyak disapu pinggang aku menjadi tenang. Pada malam ahad, sekali lagi aku di serang. Tapi serangan kali ini buat aku sukar benafas, kedua kaki aku menjadi kebas dan kejang.

Ahad pagi aku masih merasai kesakitan, sebab x tahan aku ke KMC utk mendapatkn rawatan. Aku diaturkan berjumpa doc pakar, dan aku perlu menjalani scan MRI. Selesai scan dijalankan, aku diberitahu doc yg tulang belakang aku ada problem. Katanya mungkin sebab aku jatuh, bukan sebab jatuh cinta k. Selain itu, ada saraf yg tekepit diantara tulang belakang. Itu yg menyebabkan aku kekejangan dan kebas.

Setakat hari ini, dah 2 hari aku disini. Aku disini cuma menjalani fisio, kata doc aku perlu menjalani fisio lebih kurang 2 bulan. Jika masih tiada perubahan baru langkah seterusnya utk mengadakan pembedahan perlu dilakukan.

Selama aku disini, sakitnya cuma Allah yg Maha Mengetahui. Adakala ok ja, dan tetiba sakit. Malam aku sukar tidoq kerana kaki aku kerap kejang dan kebas, seperti malam ini aku menahan sakit. Aku redha dgn apa yg berlaku, aku anggap ini menghapus dosa buat ku. Allah memberi ujian aku perlu terimanya. Aku perlu besabar dan bnyakan bedoa.

Aku menulis ari ini mengharap doa kalian agar aku dipermudahkan oleh Nya.

Nota: aku ada msg bekas cinta, dan dia nasihatkan aku menjaga diri dan jgn ikut perasaan. Aku hargainya.