Tuesday 24 September 2013

Malang Tidak bebau...

Duka cita, aku kemarin dalam jam 4.00 ptg nyaris terlibat dengan kemalangan. Ia x tidak melibat sesiapa pun, cuma aku seorang ja kerana belakang kenderaan aku xada kenderaan lain. pengajaran yang aku perolehi kita perlu kerap memeriksa kenderaan, bukan cuma time pergi service meter ja.

Kemarin, kereta yang aku naik tetiba tayarnya meletup. Kuat jugak la pada pendapat aku, hingga kereta aku agar melompat dibahagian belakang. Nasib aku tenang mengawal situasi yg berlaku, kereta aku nyaris memusing. Ketika kejadian aku bawa pada lebih kurang 125 km/j kod, nasib aku baru sudah letak phone.

Tayar Semasa Kejadian

Tukar Tayar Sementara

Tayar Baru hihihih

Nasib aku untung ada seorang yang baik hati meneman aku, walaupun aku x mengenalinya. Tapi atas sebab sikap simpatinya keatas aku, beliau sangguh turun kereta dan melintas kearah aku. Walaupun dia sekadar meneman aku menunggu bantuan dari Plus tp niat baiknya Allah jua mampu membalas. Thx jugak kepada Encik2 Polis Peronda Plus yang membantu aku menukar tayar. Jasa kalian jua Allah sahaja mampu membalasnya, jika ada rezeki kita akn besua lagi tapi minta simpang x mau dalam keadaan seperti kemarin...

Nota: Jika kalian mengalami kemalangan hubungi la plus tnpa segan silu, tp diminta menanti dengan kesabaran kerana mereka sedang menjalankan tugas dengan mengendalikan pelbagai kes. THX Plus Malaysia.

Saturday 21 September 2013

Sejak Rabu hingga Kini...

Sejak dari Rabu hingga kini, aku dan bekas cinta dah x betegur dan bemsg dalam bahasa yg mudah tak berhubung. Entah mengapa, jgn ditanya. Soalan yang aku tiada jawapan, mungkin dia bz, marah atau merajuk atau apa2 ja, aku tiada jawapan yg dpt dinyatakan. Sejak mengenalinya bnyak yg aku tiada tahu jawapannya. Tindakannya yg berubah kali ini mungkin dia dah bosan bekwn dgn aku atau dia anggap aku bukan kawannya so tiada perlu aku diberi penjelasan. Aku menganggap ini semua suratan takdir pekenalan aku dan dia. Aku mengenalinya dan menyayangi serta mencintainya, tapi semua itu sebagai pejalanan sementara aku bersamanya. Aku mungkin tidak akn melupainya kerana pejalanan ini bnyak mematang aku tentang apa yg aku mahu dan aku perlu. Kini aku berjaya menepis rasa ingin tahu kemana hilangnya walaupun x 100%. Ada lah jugak aku msg dan call nya walaupun aku yakin tiada layanan yg aku hajati akn dpat.

Aku x penah salahkan dirinya, pada aku dr aku kenali dan terus kenali serta pelbagai musibah dan keadaan yg belaku semuanya atas kecuaian dan kurang matangnya aku kendalikan kes. Aku seperti azam aku yg sebelum ini, akan terus berjalan didunia yg nyata. Aku dah betekad, aku juga punya harga diri yg perlu dihargai. Cuma aku rasa ralat kerana pehubungan ini behenti disini tnpa aku mampu membantunya. Aku yakin dia bijak dan mampu kendali, maaf kan aku bekas cinta.

Aku sekrang agak tenang dan gembira dngan cara skrg, Aku dah x mengharap yg bukan pasti. Aku kini akn tumpu pada cita2 aku yg akan menjalani yg lebih baik sebelum bulan 3, alhamdulilah kawan2 aku yg jauh pun sokong perubahan aku.

Tujuan aku tulis disini bukan mohon simpati, cuma la tempat aku meluahkan rasa. Jika aku besalah maafkan aku atau msg secara personal.

Wednesday 18 September 2013

Hari Yang Ceria Serta Sedih...

Hari ni hari yg agak ceria dan mengembirakan walaupn ada sedikit kesedihan yg aku rasai. Hari ni besday salah sorng kawan aku, ramai ke kawn aku... hihihi cuma aku ja yg mampu rasai. Semalam aku dah carikan dia hadiah, aku bawa besama cinta. Kerana cinta boleh bg less, untung aku mempunyai cinta sebagai kawan. Thx cinta teman aku g beli barang tersebut, tp syg hadiah tersebut x dapat nak pos lagi kerana kad yg reka utk kwn aku x dpat dicetak. Designer aku cuti, pc dia ada password. Aku semalam reka kad khas utk mmbr aku, seperti penah aku reka utk cinta time besday cinta ari tu. Aku sebagai kawan cuma nak kawan2 aku yg ada happy ja...

Pagi ni, aku mempunyai ahli baru. Along dah bawa balik anak dia 2 ekor, jantina belum dikenal pasti. Pasal Along jd garang, kesian Nana nak tgk sepupu dia pun kena hantam dengan Along. Mungkin Along takut anak dia dicederakan oleh Nana @ kami kod. Kasih ibu ke syurga... Walaupun suami Along x hensem... hihihih tp anak dia comel, mungkin ikut baka keluarga Along. Kini total ahli keluarga kucing aku dah jadi 4, sepatutnya 8. 2 ekor mati ketika kecik, depa anak saudara kepada Along, anak adik Along. Ibu depa terpaksa aku lepaskan ke pasar kerana mempunyai penyakit, nak bunuh kesian pulak. Adik Along lagi sekor ilang, jarang2 balik mak kata dia jadi buruh kod... hahaha... Hari yg ceria buat keluarga aku...



Sedih aku pulak, harapan aku yg aku harapkan dah musnah semalam. Cinta dah x boleh terima aku, katanya sekali dia dah ludah dia x akan ambil semula. X mengapa, aku yg silap x penah nak menghargai apa yg ada sebelum ni. Kini aku bertekad akan cuba mengetepikan rasa cinta aku pada cinta. Aku nak berehat dr mengharap, benar kata cik motor "hidup akan lebih ceria bila kurang berharap" aku akan hentikan mengharap agar aku lebih ceria. Mungkin ada yg syg aku, cuma aku x nampak kewujudan mereka. Wey mai la menyapa aku, aku ni bukan pandai nak nilai. hihihi mcm terdesak pulak... Cinta x leh dipaksa tp cinta datang tnpa dipaksa... Aku akan terus berjalan didunia yg nyata ini... Semoga semua insan didunia akan mencapai kebahagian yg dipilih.

Saturday 14 September 2013

Assalamualaikum...

Agak lama x update blog ni... bukan aku segaja, cuma sibuk dengan kerja dan hal2 yg dtg. Kini aku agak selesa dan bahagia, bahagia dengan apa yg aku perolehi. Aku masih solo dan terus mengharap sesorang yg memahami dan menghargai aku hadir.

Sekarang aku update blog x guna ipad dah, aku dah beli laptop hihihihi... rasa mcm dulu2 time mula2 nak masuk kolej... hihihih tp kali ni mengunakan duit aku sendiri.


Dalam seminggu ni aku ditegur oleh dua insan yang penah mencuba mendekati aku, kata mereka "teruskan becinta asalkan jngan sakiti diri sendir" mungkin kata2 ni popular kod sekrng. Pasal dalam masa terdekat mereka meluahkan cuma dalam versi bahasa yg bebeza. Terima kasih kerana masih memberi nasihat pada aku walaupun aku penah mengecewakan mereka, maafkan aku... Aku x dpat ketepikan cinta aku pada insan yg aku cintai.

Dalam minggu aku bnyak bewatakan matang, kerana aku menguruskan satu projek usahasama, doakan mini projek aku berjaya. Ramai yg kata aku nmpak lain kerana x ada merapu dah... hihhhihihi... Perangai tu kadang2 ja, pasal aku x suka serius sngat kerana aku dah penat nak serius cukup la waktu kerja ja. Pada aku kematangan ada pelbagai keadaan, setiap orng menilai dalam pelbagai fahaman...

Bab cinta yg ku kejar, aku masih bekwan dgnnya. Kini aku dengannya dah x kerap betengkar, mungkin kami dah mula memahami. Cuma aku agak sedih, kerana dia masih x nmpak kematangan aku. Dia mungkin menyamakan kematangan aku dengan sesiapa yg dia kenali. Aku adalah aku...

Aku besyukur masih memperolehi keadaan ini... harap terus bekekalan...

Tuesday 3 September 2013

Jamuan Raya Anjuran Dewan....

Hari ini mewakili Syarikat dan Abah ke jamuan raya anjuran Dewan... Tepaksa tertib dan sopan... Best gak dapat kenal ramai, x sngka abh famous gak. Td jujurnya aku menumpang nama abah ja, ramai yg kirim salam x ingat dah sapa. Awt abah x penah nak kenalkan depa dgn aku, leh jugak buat kenal2. Ada mcm2 golongan, x sia2 la pi. Cuma nampak ada yg ok dan ada yg ko, ada yg berdiri atas nama sendiri dan ada menumpang nama (mcm aku, nmpak kerdil sngat) x apa aku bermula dr bawh. Insyallah ada rezeki aku pun akn capai status mcm abah. Patut abh dok suruh aku join program org2 tua, rupanya ada yg boleh pakai... Td makanan mcm2, kenyang jugak la. Kesan guna nama abah, kami td dpt guna laluan lif Vip, staff hotel tu tnya ni anak ...... Mai ikut saya. Bangga gila, thx abah.. Hihihi... Ada program nanti adik jd wakil lagi, ari ni dh kenal YDP. 

Sapa ada produk makanan yg baru bermula sila msg sy, insyallah sy bg contct insan yg mahu membantu bumiputra melayu.

Aku stress...

Hari ni aku besendirian, aku besendirian td pagi ditepi tasik. Awl pagi juga aku besendirian, ada yg joging tp aku cuma besendirian. Aku memikir apa yg aku hendak dan apa yg aku perlu. Aku cukup stress dgn apa yg berlaku dalm beberapa hari ni, aku risau, takut dan gusar. Banyak perkara bermain dalam fikiran, hingga ada yg terima tempiasnya. Aku xtau nak buat mcm mana? Aku bersendirian, memikir ada x yg sudi mendengar rentihan hati aku ini. Td pagi aku berdoa dlm solatku agar perkara yg aku hadapi ini bukan sesuatu yg berat buat aku hadapi. Smlm aku ada msg minta pandangan dari seseorang yg aku selalu ikuti blognya, katanya aku mampu hadapi jika aku bertekad. Smlm juga aku bertengkar dgn insan yg aku syg kerana sikap gelojoh aku. Awat bila sesuatu masalah timbul akn wujud bnyak masalah. Kemarin pagi aku hadapi kecelakaan bilamana aku dilanggar oleh sebuah motor ditunggang oleh pakcik tua. Tergolek aku dijlan mcm belakon hindustan, kesannya x teruk pun cuma malam sakit badan2 aku dan pinggang.

Aku kini cuma perlukan seorang yg boleh mengasihi aku dan bekongsi suka dan duka kita bersama. Aku amat memerlukan seperti mana dia memerlukan aku. Aku amat memerlukan seseorang yg memahami aku dan menjelaskan kepada aku apa yg belaku, bukan membiarkan aku mencari jawapan yg akn membinasakan hubungan. Aku akui yg aku bukan sempurna, aku telalu mendesak dan befikiran tergopoh-gopoh. Tapi aku suka jika aku diberi penjelasan, kerana aku sedia mendengar penjelasan agar tiada keputusan yg salah dibuat.

Jika ada yg sudi menjadi teman @ sahabat baik aku hubungi la aku.. Hihihi (terdesaknya aku)
Jika ada la aku x memaksa, tp aku amat perlukan pendengar yg setia.

Sunday 1 September 2013

Hidup Tak Selalu Indah...

Cuaca disini agak mendung, mendung mungkin hujan @ tidak. Kita x boleh nak tentukan. Begitu jugak hidup kita, adakah kita merasakan kita telah merangcang sebaik mungkin tp yg berlaku dibebaliknya. Begitu la hidup aku, aku kadang2 dengan apa yg aku kejar dan aku temui. Aku megejar sesuatu yg aku yakin kegagalan pasti temui aku, tetapi hati ini tetap memilih dia walaupun aku akn terguris. Aku bukan nak menunjukan cinta aku terlalu agung, tetapi hati aku tetap memilih dia walaupun aku temui yg mencintai aku. Aku kini keliru mana yg perlu aku utamakan, hati aku @ kebahagian aku. Hati aku mencintai dia, tapi adakah aku akn bahagia dgn cara sedemikian. Lagi satu kebahagian menanti aku, kerana dia amat menyayangi aku tp hati aku tiada besamanya.

Aku kini di antara dua, cinta dan dicintai. Seorang yg aku cintai dan seorang yg mencintai aku. Seorang yg aku berusaha menyakinkan dia, dan seorang berusaha mendekati aku. Aku tahu, cinta aku x akan kemana. Aku x berhak memaksanya menerima aku, tapi adakah aku sanggup memaksa diri aku menerima cinta seorang lagi. Mungkin aku akn melukakan hati seorang yg ikhlas menerima aku, aku sanggup terus menjadi kawn mahupun adik kepadanya bukan seorang kekasih. Buat masa skarang hati aku masih utk seorang yg aku benar2 syg.

Mungkin perjuangan aku bukan utk hari ini, tapi aku yakin dia akn faham aku suatu hari nanti.