Tuesday 24 September 2013

Malang Tidak bebau...

Duka cita, aku kemarin dalam jam 4.00 ptg nyaris terlibat dengan kemalangan. Ia x tidak melibat sesiapa pun, cuma aku seorang ja kerana belakang kenderaan aku xada kenderaan lain. pengajaran yang aku perolehi kita perlu kerap memeriksa kenderaan, bukan cuma time pergi service meter ja.

Kemarin, kereta yang aku naik tetiba tayarnya meletup. Kuat jugak la pada pendapat aku, hingga kereta aku agar melompat dibahagian belakang. Nasib aku tenang mengawal situasi yg berlaku, kereta aku nyaris memusing. Ketika kejadian aku bawa pada lebih kurang 125 km/j kod, nasib aku baru sudah letak phone.

Tayar Semasa Kejadian

Tukar Tayar Sementara

Tayar Baru hihihih

Nasib aku untung ada seorang yang baik hati meneman aku, walaupun aku x mengenalinya. Tapi atas sebab sikap simpatinya keatas aku, beliau sangguh turun kereta dan melintas kearah aku. Walaupun dia sekadar meneman aku menunggu bantuan dari Plus tp niat baiknya Allah jua mampu membalas. Thx jugak kepada Encik2 Polis Peronda Plus yang membantu aku menukar tayar. Jasa kalian jua Allah sahaja mampu membalasnya, jika ada rezeki kita akn besua lagi tapi minta simpang x mau dalam keadaan seperti kemarin...

Nota: Jika kalian mengalami kemalangan hubungi la plus tnpa segan silu, tp diminta menanti dengan kesabaran kerana mereka sedang menjalankan tugas dengan mengendalikan pelbagai kes. THX Plus Malaysia.