Friday 30 August 2013

5 Bulan 6 Hari...

Sempena merdeka yg ke 56, aku dan dia juga sudah bekenalan selama 5 bulan 6 hari. Mungkin kebetulan tapi amat bermakna, cuma kami sekadar kawan tiada yg special. Suka dan duka penuh dalam ingatan, walaupun aku berusaha kegagalan sentiasa menghampiri aku. Tadi seperti biasa aku keluar mkn besamanya, makan malam yg biasa. Aku hari ni mood x berapa ok rasa ada yg x kena dan rasa sayu, aku agak cemburu tgk dia terima msg. Aku cuba sembunyikan, tp perasaan tu mmg sukar. Aku tahu aku sekadar kawn tp aku telalu syg dia, tlglah aku mengapa aku jadi mcm ni. Aku nak tunggu tepat jam 12 dan ambil ubat tidoq.. Besok merdeka...

Saturday 24 August 2013

Terima Kasih...

Terima Kasih awk, walaupn sy cuma stok simpanan persekutuan tp sy berterima kasih sngat masih diberi peluang bekwn dgn awk. Mungkin ada yg menyatakan aku ni bodoh kerana masih terhegeh2, pada aku cuma aku yg tahu mengapa aku masih mahu besamanya. Pada aku, dengannya aku mampu tersenyum dan gembira. Dua hari aku besamanya, amat seronok dan menyenangkan aku. Aku x mengharap hubungan yg lebih, tp aku harap dia akn terus solo hihihi supaya aku dpt terus besamanya (jahat x aku). Mungkin kau tau aku ada yg lain dikenali, tp tiada seorg pun yg setanding kau utk mengisi ruang dihatiku. Kau yg aku letak dihati dr saat aku menyatakn syg hingga kini.

Monday 19 August 2013

Semoga dia berjaya...

Walaupun cuma tinggal lagi 1 paper exam sahaja, tp x terlewat kod bgku nak naikkn entry kali ni. Minggu ni dia menjalani exam akhir, aku yakin dia mampu menjawap dgn baik. Dia seorg yg becita2 dan aku harap dia tercapai cita2 nya. Kemarin dia tiada paper, dia ajk aku keluar mkn mlm, terasa seakan semasa kami baik dan mesra dulu. Hihihi... Aku cuma merasa ja buknnya syok sendiri, walaupun dia bukan milik ku tp aku sentiasa syg dia. Dia sweet sngat... Dia dh selesai exam ari ni, mcm dia tau yg aku tengah menaip entry ini. Semoga dia sentiasa berjaya. Aku sebagai kwnnya cuma nak dia happy ja.

Wednesday 14 August 2013

Raya Aidilfitri 2013

Disebabkan boring sngat di opis, aku nak cerita cikit bab raya aku kali ni. Sebelum tu aku Minta Maaf jika selama menulis dan merabu ni aku bnyak melukakan hati atau perasaan dr segi fizikal @ mental.

Tahun ini aku dan keluarga beraya secara sederhana, sebab Mak dan Abah kurang sihat. Mak 2 hari sebelum raya terpaksa menjalani pemedahan dikaki sebab kencing manis. Tapi bersyukur sngat x perlu dipotong cuma kulit kaki dibuang. Mak menjalani pemedahan x serius, dn dapat pulang ke rumah selepas 5 jam berehat di Hospital.

Tahun ni aku dirasuah dgn bnyak barangan.... Hahahah... Bukan rasuah cuma hadiah raya.
Aku dpt songkek dr someone, wallet dr abg angkat aku, dan butang baju melayu dr kenalan perniagaan ku. Selain tu kasut sumbngan ikhlas abg kandung ku.





Tapi tahun ni raya agak penat kerana terpaksa menjadi wakil ibubapa aku utk beberapa jemputan. Kami adik beradik mengambil bahagian dlm mewakili jemputan. Dismping itu juga kali ini aku menjadi tuan rumah sepenuh masa dlm majlis rumah terbuka.

Malam raya lagi kami sekeluarga mengadakan rumah terbuka, kerana abh mengadakan majlis takbir Raya pada malam itu. Penat jugak terpaksa tidoq lewat kerana hadiri dtg selepas isyak. 

Keesokan paginya aku dan keluarga menunaikan kan solat sunat Aidilfitri disurau, selesai solat aku serta adik dan kak dituruti suaminya menziarah rumah mak cik tua (kak abah aku). Kami x lama disana kerana jam 11.00 pg rumah terbuka keluargaku akan diadakan dirumah.

Agak ramai jugak sanak saudara, kenalan dan jemputan hadir. Dlm koi 12 aku ditugaskan mewakili ke beberapa jemputan. 

Rumah terbuka diadakan hingga lewat malam.

Dan raya ke2 kami sekeluarga tidak termasuk abah dan mak, meneruskan tradisi keluarga menziarahi tanah pekuburan sanak saudara termasuk tok dan tok wan dr kedua belah. Tanah pekuburan keluarga aku terbahagi kepada 4 kawasan, kami bermula di Alor Setar dan berakhir di Pokok Sena Pulau Pinang. Kami balik lewat jugak la. 

Walaupun raya kali ni x meriah seperti kebiasaan tp agak penat.

Tuesday 13 August 2013

Sampah...

Dari raya pertama isu sampah x habis2 aku dgr.

Petang raya pertama - sepupu aku tnya awt abg simpan botol ubat, botol perfume dan kotak2 ni bukan smpah ka? Semua tu kenangan aku la, aku beli dgn hasil kerja aku. Mungkin smpah bg hampa tp benilai utk aku.

Raya Ke2- time bawa bibik p umah makcik aku, bibik aku buka dashboard aku dia kata bnyaknya smpah. Tu bkn smpah la, tp bill dan salinan roadtax. Aku simpan pasal utk semakan. Hihi...

Semalam - aku pulak rasa mcm smpah...

Hari ni - jumpa mmber sekolah rendah, keluar mkn dgn dia dan abg aku. Tgh2 bebual dia kata aku ni baik sngat tu org buat aku mcm smpah.

Bg aku sampah pun perlu dinilai, pasal sebelum jadi smpah kita penah guna dia. Contoh beg kertas bila kita p shoping, beg tu la yg mudahkan kita begerak selesai shoping. Kalau xda beg jenuh kita kena usung brg2. Aku sanggup jd smpah asalkan aku berjasa membahagiakan org lain.

Aku kini SAMPAH bkn smpah masyarakat.

Monday 12 August 2013

Aku diam bukan aku berhenti...

Ada yg email pada aku tnya "cinta ko dh berhentika?" Pada aku cinta aku x penah behenti benafas. Cuma aku behenti mengulangi katakan cinta, memikir berapa lama harus aku menunggu.

Walaupun gelisah, aku x penah sedetikpun tak ingat cinta aku.
Cuma dia sahaja yg x penah merasa sedikit rasa pun pada ku.
Walaupun sakit kerana cinta bertepuk sebelah tangan, senyum ku x penah lekang utknya.
Aku sentiasa harap dia menilai aku walaupn sepintas angin berlalu.

Jawapan yg betanya, selagi aku mampu mencintainya x sedetik pun dia telepas dr ingatan minda ku.
Dia telalu istimewa buat ku, aku cuma nak dia gembira dn bahagia serta dihargai.


Saturday 3 August 2013

Aku Nyatakan Segalannya.

Kemarin dalam pejalanan ke shoping complex, aku dah menceritakan segalanya tentang diri aku. Mmg dh lama aku nak bgtau pasal aku pentingkan kejujuran dn keikhlasan so kemarin semua dh diceritakan sejarah silam aku. 

Aku takut x sempat nak bgtau kerana dgn keadaan hubungan kami yg tak menentu. Tp Alhamdulilah dia mampu terima apa yg aku ceritakan. Mesti yg keliru kami masih betemu walaupun mcm2 yg belaku. Bg aku apa yg belaku aku telan walaupun sakit utk menanggung pasal aku tak mau kehilangan dia. Biar pun dia dan aku cuma kawan tp aku tau dia yg terbaik utk aku. 

Pada aku segala pengorbanan aku akn dinilai jua walaupun bukan skrg. Aku nak ia dijadikan kenangan terindah buat kami berdua. 

Persahabatan tak penah putus tanpa pengkhianatan.

Friday 2 August 2013

Hujan Di Penang...

Pagi ni Penang hujan, laut x berapa gelora tp hati dan perasaan aku skrg bergelora bagaikan lautan. Selepas sahur hingga sekarang aku x dpt memejamkan mata, tetiba aku merasakan sesuatu yg kurang enak dan rasa x sedap hati.

Adakah tindakan aku kemarin sesuatu yg bodoh. 
Apa yg aku cari dalam kehadiran ini.

Aku bodoh @ aku diperbodohkan?

Aku percaya kepada kejujuran dan keikhlasan, tapi mengapa aku x penah kecapi dua perkara tu. 
Aku ni teruk mana smpai x penah ada yg jujur dan ikhlas mengenali aku.

Aku harap tsunami perasaan aku x lama aku hadapi, moga aku mendapat keikhlasan dan kejujuran yg aku cari.

Aku x mainkan perasaan sesiapa pun, aku telalu mencintai seseorg tu dgn sepenuh hati.

Aku harap apa yg begelora dlm hati aku bukan lama utk diubati.

Tlg jujur dan ikhlas dgn aku.