Wednesday 14 August 2013

Raya Aidilfitri 2013

Disebabkan boring sngat di opis, aku nak cerita cikit bab raya aku kali ni. Sebelum tu aku Minta Maaf jika selama menulis dan merabu ni aku bnyak melukakan hati atau perasaan dr segi fizikal @ mental.

Tahun ini aku dan keluarga beraya secara sederhana, sebab Mak dan Abah kurang sihat. Mak 2 hari sebelum raya terpaksa menjalani pemedahan dikaki sebab kencing manis. Tapi bersyukur sngat x perlu dipotong cuma kulit kaki dibuang. Mak menjalani pemedahan x serius, dn dapat pulang ke rumah selepas 5 jam berehat di Hospital.

Tahun ni aku dirasuah dgn bnyak barangan.... Hahahah... Bukan rasuah cuma hadiah raya.
Aku dpt songkek dr someone, wallet dr abg angkat aku, dan butang baju melayu dr kenalan perniagaan ku. Selain tu kasut sumbngan ikhlas abg kandung ku.





Tapi tahun ni raya agak penat kerana terpaksa menjadi wakil ibubapa aku utk beberapa jemputan. Kami adik beradik mengambil bahagian dlm mewakili jemputan. Dismping itu juga kali ini aku menjadi tuan rumah sepenuh masa dlm majlis rumah terbuka.

Malam raya lagi kami sekeluarga mengadakan rumah terbuka, kerana abh mengadakan majlis takbir Raya pada malam itu. Penat jugak terpaksa tidoq lewat kerana hadiri dtg selepas isyak. 

Keesokan paginya aku dan keluarga menunaikan kan solat sunat Aidilfitri disurau, selesai solat aku serta adik dan kak dituruti suaminya menziarah rumah mak cik tua (kak abah aku). Kami x lama disana kerana jam 11.00 pg rumah terbuka keluargaku akan diadakan dirumah.

Agak ramai jugak sanak saudara, kenalan dan jemputan hadir. Dlm koi 12 aku ditugaskan mewakili ke beberapa jemputan. 

Rumah terbuka diadakan hingga lewat malam.

Dan raya ke2 kami sekeluarga tidak termasuk abah dan mak, meneruskan tradisi keluarga menziarahi tanah pekuburan sanak saudara termasuk tok dan tok wan dr kedua belah. Tanah pekuburan keluarga aku terbahagi kepada 4 kawasan, kami bermula di Alor Setar dan berakhir di Pokok Sena Pulau Pinang. Kami balik lewat jugak la. 

Walaupun raya kali ni x meriah seperti kebiasaan tp agak penat.