Wednesday 16 October 2013

Darah Tinggi...

Dari Ahad hingga kini kepala aku masih dok pening2, sabtu lepas aku bising kat abg angkat aku kerana dia ada darah tinggi aku beleter agar dia jaga kesihatan dan pemakanan. Ahad dr bangun tidoq aku pening sampai pejabat aku tetiba terjatuh tp nasib bukan pengsan, cuma jatuh ketika hendak berdiri. Seterus kejadian aku terus ke klinik panel, tekanan darah aku diperiksa dan sampel darah aku diambil. Dalam pemeriksaan tersebut doc kata aku ada tekanan darah tinggi tp x teruk sngat, cuma keputusan darah kena tunggu seminggu. Harap2 xada apa2 yg teruk, aku xmau masuk wad dah. Doc minta aku banyak berehat, x kan aku yg br 28 thn kena rehat dah. Time ni la aku kena kerja kuat pasal masa depan aku baru bermula.

Aku mungkin sekarang agak sibuk dengan kerja, gym dan hal masa depan aku. Sekarang aku mmg stress dgn kerja yg bertimbun dan aku skrg bnyak bergerak melawat pelanggan dan pembekal. Aku kepercayaan keluarga utk memajukan syarikat, aku kena buktikan aku setanding abgku. Aku perlu buktikan kematangan aku kendalikan kerja dan pendapatan syarikat. Skrg Syarikat dalam petambahan bidang utk terokai, so aku perlu kerja kuat. Aku juga nak buktikan pada org sekeliling aku, dalam pewatakan kanak2 aku mampu membawa syarikat kearah yg lebih baik. Selain sibuk dengan urusan kerja, skrg aku dah mula serius ke gym. Aku skrg p gym time rehat, sesibuk mana pun aku akan aku kegym juga. Mungkin tekanan darah aku naik kerana aku buat kerja gila2, tapi malam aku rest. Mungkin badan aku br nak terima cara kerja mcm ni kod, badan tekejut dgn aktiviti luar biasa ini.

Bekaitan hal masa depan, aku diberi tempoh utk berkahwin. Jika aku x menyatakan sesiapa sebagai calon, maka keluarga aku akan putuskan. Aku serah kan hal ini pada takdir dan jodoh, aku masih tiada calon buat masa skrang. Aku yakin pilihan keluarga aku bukan utk menganiaya aku kod. Umur aku yg meningkat naik, aku perlu fikir tentang masa depan aku. Sejarah lama pengajaran utk aku, aku perlu melangkah kehadapan. Fikir yang positif, ramai yg akan menghargai aku.

Besok Abah buat korban pulak, aku kena terlibat dalam proses korban ini. Harap2 sakit kepala aku x serang lagi.

Nota: Awat aku masih ingatkan dia? Bila aku teringat, aku mesti menangis. Hebat sangat kah dia? dia dah berlalu pergi, tapi aku masih ingat dia. Dia mungkin dh happy dgn keadaan skrg, apasal aku nak besedih pulak. Cakap senang, tp susah nk lupakan org yg kita syg kn... Aku Perlu Tabah...