Thursday 6 June 2013

Sakitnya setelah kau berikan harapan...


Bila aku cuba untuk membahagiakan seseorang, kenapa selalu sahaja gagal… apakah aku perlu mengubah sikap dan caranya… atau aku harus membuang ego dan degilku... Aku degil kerana takut kehilangan mu... 
Aku cuba untuk menyayangi , namun mengapa tandus kecewa sentiasa melanda diriku ini… inikah dugaan diriku untuk menumpang kasih dan merasa secebis kasih dari insan yang mampu membahagiakan ku…..
Aku tidak pernah mengharapkan lebih dari menerima sedikit kasih sayang, namun mungkin trlalu susah untuk aku menerimanya walaupun apa yang kita fikir terlalu mudah..
Kenapa peluang selalu diberi, kemudian disia-siakan…
Kenapa pula, setelah kita diberi harapan mengunung, tiba-tiba dikecewakan?? Semuanya pasti pernah merasa sakitnya mengharap cinta yg dihancurkan…
Aku tak ingin semua ini terladi, tapi hati terlanjur menyintai… aku juga tak mampu salahkan mana-mana pihak, kerana ini jalan takdir yang aku pilih….
Segala yang berlaku adalah pengalaman yang berharga dalam erti percintaan dan kehidupan… aku akan jadikan ia satu panduan untuk terus.. Tapi aku tau aku tidak sekuat mana, walau pun aku pernah terjatuh sakit, namun tak mustahil aku akan melaluinya untuk yang kesekian kali, kerana aku insan yang lemah dan selalu tewas dalam kehidupan dunia….