Sunday 7 July 2013

11/06/1985 - lahirnya aku...

11/06/1985 Rabu tepat jam 2.49 tghari aku dilahirkan, aku dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar kini dikenali sebagai klinik kesihatan bandar Alor Setar. Semasa aku dilahirkan, kami sekeluarga berada dalam keadaan susah. Kata mak, kami sekeluarga bekongsi rumah dgn pak cik aku. Selepas beberapa hari kelahiran aku, abah mendapat cabutan kunci bg perumahan awam mergong. Rumah tersebut adalah penempatan rakyat terawal di alor setar. Kerajaan membina rumah itu dan menjual sewa kepada rakyat miskin, salah satu yg bertuah memperolehi rumah tersebut adalah keluarga aku. Dalam perumahan itu aku dibesarkan, aku dibesarkan oleh beberapa insan yg istimewa bg ku. Mereka seperti ibu dan keluarga ku, seperti penah aku ceritakan dlm entry sebelum ni.

Kami sekeluarga ditinggalkan abah kerana abah terpaksa mencari rezeki utk kami, mak pulak menjual kuih dan menjual kain serta pelbagai lg jualan ikut musim. Aku, kak dan abang hidup secara berdikari dirumah, selain dibantu oleh beberapa jiran terdekat. Dulu aku kerap betanya apasal mak x penah ada dan apasal mak garang bila kami buat salah, kini aku paham mak mencari rezeki tambahan utk kami sekeluarga. Sebab mak tau pendapatan abah x mencukupi utk kami sekeluarga, sebab itu abh selalu kata cari isteri mcm mak ampa x penah kata x cukup bila abh bagi tp mak urus bg mencukupi. Abah pada awl bekerja di KL, dr buruh smpai lah pemilik sebuah kilang. Abah seorg yg kuat bekerja, abh bg aku superhero. Walaupun pendidikan abah x tinggi tp abah ada keazaman, abah bkn bodoh tp dia x mampu pi Universiti sebab time abah stdy dulu x da PTPTN keluarga dia x da duit utk antar dia. Abah kata selepas sekolah abah dapat ke UK untk ambil LAW, kalau x abah mesti dh jadi hakim. Tapi kini cita2 abh dah digalas oleh adik bongsu aku, aku pun dah capaikan cita2 abh nak tgk seorg anak dia jadi Engineer. Tapi aku cuma abiskan pengajian ja la, aku x minat jadi engineer. Aku suka jadi Ahli Politik dan berkhidmat utk masyarakat hahahah...

Semasa kecil aku ini mcm budak OKU, apasal aku cakap macam tu kerana aku mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Semasa kecil petumbesaran aku terbantut, kaki aku lemah x mampu berdiri. Sampai tok aku tanam aku dalam pasir smpai paras pinggang, kononnya utk kuatkan tulang aku. Selain itu, petuturan aku juga x fasih aku bercakap x fasih smpai darjah 2. Paling aku ingat smpai skarang ialah panggilan utk kak aku, aku akn panggil katak dan katak aku panggil katak ong. Hahah beza keduanya ialah bunyi belakang. Bnyak la yg aku kurang, aku susah makan dan mudah sakit.

Semasa sekolah aku ni budak yg lemah pelajaran, aku x dipandang keluarga. Aku x macam abg, kak dan adik aku. Depa pandai, depa cakap english macam air. Sebab tu aku kerap abiskn malam aku dalm bilik, time tu kalau ada blog mungkin dah beribu2 entry aku upload. Mak syg aku, tu smpai skrg mak akn ingt aku bila p mana pun. Abah bukan x suka aku tp pasal aku lemah dlm pelajaran buat abh x bebangga sngat dgn aku. Aku cuba jadi pandai tp xtau la mmg aku lemah bab pelajaran. Cikgu kerap panggil ibubapa aku, aku pun penah dimasukan dlm kelas pemulihan. Mungkin semua ni sebab aku penah demam panas ketika kecil. Semasa umur aku 5 Thn kami bepindah ke kajang, abah ada sewa umah disana. Aku dok sana smpai aku darjah 2, aku sekolah di SRK Jalan Bukit.

Walau pun aku x pandai tp aku antara ank yg terawal yg masuk IPTA, aku x suka IPTS pasal pada aku ipts boleh masuk kalau ada duit. Aku suka mencabar diri, pasal aku ni budk yg degil aku mencabar keputusan abah utk masukkan aku ke kolej swasta. Abis SPM aku smbung STPM dan selepas tu aku smbung ke kolej di Utara negara. Aku time tu di tawar enginering eletronic, takut gak tp aku main redah ja. Aku tamat pengajian dgn pointer 3.58. Hebat kn aku dr budak bodoh jd cerdik, tp kalau ampa tnya skrg pasal stdy x ingat dah. Aku ni suka hafal dan aku akn ikut apa lect nak, selain aktif dlm politik kampus. Aku suka buat keja sosial, aku nak jadi pemimpin yg dikenali sebab budi la kononnya. Time stdy aku bnyak abiskan masa aku dgn kerja sosial, aku x ambil kesempatan mengorat org pulak. Tu pasal la aku dok telopong nak mengorat org skrg.

Abis belajar aku kerja sekejap di sebuah kilang miliki bangsa Jepun, selepas itu aku dipanggil bekerja di syarikat abah. Abah semasa tahun 1990 dia melepaskan semua pegangan dia dalam beberapa syarikat dan menumpu sepenuhnya pada syarikatnya. Kini aku mengambil ahli 1 dr 5 syarikat abah, kata abah jgn jadi kaya raya cukup menjadi senang. Kita mampu beli apa yg mahu dan jika nak yg lebih kena beusaha. Kini aku faham maksud abah, kami skrg agak senang. Aku mampu miliki apa yg aku mahu asalkan aku berusaha.

Di rumah aku tetap macam dulu, suka memerap dalam bilik dan teman di rumah ialah bibik aku. Tu pasal aku kerap dikatakan mengunakan bibik aku. Bibik aku duduk dgn kami lebih 10 thn, dia dh macam keluarga aku. Aku suka cerita apa yg belaku padanya, dia yg paham masalah aku.

Aku x ramai kawan, kawan2 aku boleh dibilang dgn jari. Aku ramai kenalan tp x semua boleh jadi kawan aku, kerana aku pentingkan kejujuran dan keikhlasan. Dalam dunia aku ramai yg belakon, belakon utk menumpang kehidupan aku. Bg aku x kesah siapa dia, yg penting dia adalah diri dia.

* Dr pagi aku tetanya2 apasal dia masih syg pada org yg tinggalkan dia, tp jawapan tu ada pada aku. Aku sanggup tunggu dia smpai dia dpt rasa kehadiran aku. Awk ambil la masa, sy ada disisi awk.