Tuesday 2 July 2013

Hari Kedua 1/7/2013 di Phuket

Pagi2 kami dah bangun bersiap nak g PHI PHI ISLAND. Sekepala depa kenakan 1500 ThB, siap ambil dan hantar ke hotel. Org sini pun mcm org melayu gak la janji 7.00 tp jam 8.30 br smpai ambil kami. Kami naik Ferry, ferry besar cikit dr p langkawi. Boleh muat kan 589 penumpang, tp siam kan bawa mesti lebih siap dok kerusi plastik. Aku x ambik pic ferry pasal dok rebut kerusi hahaha...

Dlm pejalanan mcm2 pemandangan menarik








Ini semua semasa berada dalam ferry. Pemandangan yg indah.

Pakej kami termasuk snorkling dan makan, snorkeling aku x join pasal kalut bangun pagi x bawa seluar. Baju dan tuala aku bawa, tu la bangun lewat punya pasal (aku makan ubat tu yg lena sakan). 
Phi Phi Island ni dia mcm pulau batu tetimbul, pulau ni penah begerak dr tempat asalnya pada tahun 2009. Pulau ni di kelilingi beberapa pulau kecil. Gambar yg ikan tu aku ambil di Monkey Beach, beach tu nama monkey pasal penghuninya monkey. Depa baik2 hahah, aku tgk dr jauh la, kat monkey beach ni la kami snorkeling. Selesai snorkeling kami di bawa ke Phi Phi Don, main island untuk Phi Phi Island. Tempat ni penah musnah disebabkan tsunami. Di sini kami di jamu makan, kita leh makan apa yg nak.

Selesai makan kami besantai di pantai dan ada yg mandi. Aku x join cuma dok di kerusi beach, konon2 bejemur la tp ada payung la. Masa dok situ aku teringat dia, dia suka pantai. Kalau dia ada mungkin dia akn happy pasal pasir dia putih dan halus sungguh. Masa tu pikiran aku teringat dia saja, insyallah jika ada peluang aku akn bawa dia.

Pic pantai yg aku ckp tu.