Monday 15 July 2013

Aku Pasti Kehilangan...

Semalam aku x p tarawih, mmg badan x sihat. Selesai aku membuat naik entry semalam smbil aku dok dgr lagu tesebut di youtube tetiba aku sukar menafas. Rasa macam saluran penafasan tesumbat, aku cepat2 ambil air suam dan minum. Rasa time tu mcm nyawa aku mmg nak taman, aku minum dan muntah pasal saluran trakea (betoi kod) mcm mengecut. Aku masuk bilik mak dn panggil mak. Time tu tgk mak cemas sngat, mak kalut panggil bibik. Suara aku pun dh x kuat, depa sapu minyak panas. Hidung aku mmg x boleh tarik nafas dah, aku benafas guna mulut.

Time kejadian abah dan adik aku p tarawih, yg tinggal aku, mak dan bibik. Mak dan bibik x leh bawa keta, aku dgn cuba tenangkan diri bawa keta p hospital. Pecah peluh gak la, takut gila. Mak aku keja menangis ja la. Aku yg sakit betoi2 rasa mcm dh smpai masa, xada yg lain dlm otak aku nak cepat smpat dn nak nafas balik. Smpai  hospital, depa angkat aku duduk atas kerusi tolak dan tolak aku masuk wad kecemasan. Aku disuntik dan dipasang gas, aku kena sedut gas lebih kurng 30 minit.

Doc kata aku tesilap makan, dan kahak bnyak. Aku alahan makanan, menyebabkan saluran mengecut. Aku x ditahan masuk wad, selesai semua aku balik dgn temengah2. Tiba rumah aku makan ubat dn tidoq, kepala aku kena tinggi supaya senang benafas.

Tadi pagi, dikejutkan dgn kematian anak kawan aku. Anak nya br 3 hari lahir di muka bumi ni, aku x sempat melawat. Jenazah dikebumikan selepas Subuh. Aku cuma mampu tatap wajahnya di FB, yg aku bayangkan jika semalam hari terakhirku bagaimana? Takut benar aku semalam, xdapt aku gambarkan. Mcm ni kah abah kena serangan jantung. Abah cuma senyum. Terima Kasih Allah.