Thursday 18 July 2013

Dua hari Berturut-turut...

Dah dua hari berturut2 aku mimpi yg aku kemalangan agak teruk. Semalam aku bemimpi yg aku kamalangan, aku xtau aku kemalangan dgn apa tp yg pasti aku dalam ICU. Aku x sedar diri cuma aku nampak keluarga aku bergilir2 masuk dan keluar serta beberapa kenalan aku termasuk pidot, dan beberapa org yg stdy bersamaku. Dalam mimpi tu aku tgk muka aku teruk, mcm2 wayar diletakkan. Mulut aku pulak disumbat seakan2 paip, dan tengkok aku di pasang alat sokongan. Takut aku tgk...

Itu mimpi semalam, dan td pagi aku mimpi lagi perkara yg sama. Cuma kali ni aku dimasukkan ke ICU jugak tapi rasanya ICU hospital kerajaan, kerana aku tgk keadaan dan baju yg dipakai lain dan berwarna hijau. Tp kedudukan pandangan aku tetap sama, aku melihat dr sudut depan katil, kali ni muka aku membengkak, mata aku di letakkan tape pelekat. Cuma kali ni dlm mimpi aku dia hadir dan bebisik sesuatu ditelinga aku. Katanya "awk x sabar" aku x memahami apa yg dimaksudkan.

Dalam mimpi ni aku rasa seakan benar, jika aku mengalami kemalangan sedemikian bagaimana hendak aku hadapi. Aku lihat agak menakutkan, tapi sebagai Umat Islam aku redha dgn ketentuannya. Harap dijauhi musibah ini.